Konflik yang berlaku usai berlabuhnya tirai pertandingan ratu cantik, Miss Grand International 2024 baru-baru ini seakan merobek momen kemenangan Rachel Gupta dari India selaku juara edisi 2024-nya.
Ini susulan penarikan semula gelaran pemenang tempat ketiga oleh pihak organisasi Miss Grand International daripada wakil Myanmar, Thae Su Nyein atas dasar tingkah laku tidak senonoh dan perlakuan di khalayak umum yang melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan oleh organisasi.
Tingkah laku tersebut merujuk kepada bagaimana Thae yang baru berusia 18 tahun menangis dan berteriak selepas turun dari pentas utama. Gadis itu juga terpaksa ‘digendong’ oleh pasukan Myanmar untuk keluar dari dewan pertandingan sambil mahkota serta selempangnya dirampas oleh pengarah kebangsaannya.
Lalu, ramai pemerhati yang merasakan faktor usia mudanya sebagai punca kepada episod ‘breakdown’ di dalam dewan tersebut.
Bagaimanapun, jika diamati sejarah kemenangan dunia ratu cantik sejak era 90-an hingga tahun lalu, sudah ramai juara berusia 18 tahun yang ditabalkan di pentas berprestij termasuklah Miss Universe, Miss World, Miss Earth dan Miss International .
Jom kita lihat sembilan orang ratu pilihan REMAJA yang memenangi gelaran juara masing-masing ketika berusia 18 tahun dan mampu menunjukkan kematangan yang menyakinkan sewaktu menang dan sepanjang tempoh mereka menggalas gelaran tersebut.
INDIA
INDIA
REPUBLIK DOMINIKA
PUERTO RICO
REPUBLIK CZECH
SEPANYOL
VENEZUELA
AMERIKA SYARIKAT
ALBANIA
Siapa ratu berusia 18 tahun kegemaran korang?
BACA: Berjaya Cipta Sejarah, Ratu Cantik Malaysia Dinobat Juara Miss Globe 2023 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.