Produk Ubat Mengandungi Ganja Sudah Mula Dibenarkan Mulai Tahun Depan

Share

Kementerian Kesihatan Malaysia telah membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja yang dikenali sebagai cannabidiol (CBD) pada tahun depan.

Keputusan ini dibuat setelah kajian awal kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati, terdapat bukti penggunaannya boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.

BACA: Gara-Gara Ganja ‘Halal’ Di Thailand, Pelancong Malaysia Dinasihati Berhati-Hati Pilih Makanan

Foto: Berita Harian

Walau bagaimanapun, produk CBD ini hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital sekali gus tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekarang ini KKM dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan.

“Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD. Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi. Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik,” jelasnya.

Foto: Insider (Gambar hiasan)

Keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahu pun kelulusan di Parlimen. Produk-produk itu akan diusulkan oleh syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA sebelum didaftarkan pada tahun depan.

Khairy turut menjelaskan, ujian klinikal sedang dijalankan mengenai penggunaan CBD.

“Bila dah ada bukti dari segi ujian klinikal untuk penyakit tertentu maka akan bertambah penggunaan CBD yang boleh digunakan dan diberi oleh pegawai perubatan.

“Jadi pelbagai pendekatan digunakan, pendaftaran produk, kajian tentang produk yang akan didaftar, kita akan buka kepada semua untuk hantar usul nanti dan ujian klinikal oleh penyelidik di Malaysia tentang penggunaan CBD,” tambahnya lagi.

Foto: The Star

BACA: Thailand Beri Kebenaran Tanam Ganja Di Rumah Untuk Tujuan Perubatan

Walau bagaimanapun, soal penanaman ganja di negara ini masih jauh lagi kerana KJ memberitahu kita perlu ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati, mula-mula kita daftar produk CBD, kita tengok penerimaan doktor, penerimaan pesakit. Sekiranya penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita memikirkan soal penanaman.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Noor Ain Norman