Produksi Big Stage Sudah Beri Peserta ‘Guideline’ Berpakaian, Malah Baju COEX Sudah 3 Kali Diminta Tukar?

Share

‘Serangan’ warganet terhadap beberapa peserta program nyanyian Big Stage 2023 hujung minggu lalu hadir dengan alasan kukuh dan bukannya tanpa asas.

Cumanya, bukan kualiti persembahan dan vokal yang diserang. Sebaliknya, isu kod pemakaian sesetengah peserta sewaktu program siaran langsung itu telah menjadi topik perdebatan di platform media sosial.

Antara nama-nama yang terpalit termasuklah Nadeera Zaini dan kumpulan COEX. Tentunya soal pemakaian bersesuaian lebih terarah kepada penghibur wanita kerana sensitiviti masyarakat di Malaysia yang mengamalkan pemakaian bersederhana (biarpun Naufal Azrin juga tidak terlepas daripada ‘serangan’ warganet pada konsert minggu pertama dan kedua).

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Lagi Orang Islam Dan…” -Naufal Azrin Tampil Jawab ‘Kontroversi’ Penampilan Nampak Dada & Lengan – REMAJA

Pemakaian Nadeera umpamanya dikritik kerana tidak menepati syariah sewaktu mendendangkan lagu Rahmatun Lil ‘Alameen nyanyian asal Maher Zain.

Lagu berbentuk kerohanian yang memuji Rasulullah SAW itu dipilih Nadeera untuk lari daripada tema klise percintaan sesama manusia dan niatnya adalah untuk meluahkan rasa cinta kepada baginda Nabi tersayang.

Nadeera Zaini

Namun sayangnya, soal pemakaian Nadeera pula yang dilihat tidak bersesuaian sekaligus dijadikan isu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Khilaf Berpenampilan Tak Sesuai Dendangkan Lagu Ketuhanan, Nadeera Zaini Mohon Maaf – REMAJA

Buat kumpulan COEX pula yang dianggotai oleh Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan; penampilan babak kedua persembahan setelah mereka menanggalkan gaun perkahwinan serba putih tidak boleh diterima oleh majoriti penonton.

Ditambah pula dengan gaya tarian yang dirasakan mengundang kritikan dan tidak sesuai bagi tontonan umum; COEX terpaksa menelan segala cercaan warganet terutamanya di laman Twitter dan TikTok.

REMAJA mendapatkan respon balas penerbit Big Stage musim kelima, Firdaus Mahadi mengenai isu pola pemakaian pesertanya bagi musim ini. Tidakkah mereka melalui fasa ‘mengimbas’ persalinan para peserta sebelum malam persembahan?

Penerbit Big Stage musim kelima, Firdaus Mahadi.

“Sebenarnya, setiap kali melakukan full-dress rehearsal, kita memang akan lakukan wardrobe & makeup check.

“Bagi pasukan Nadeera, bajunya telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Astro dan pasukan wardrobe Nadeera) di mana kita nasihatkannya untuk tone down her look. itu adalah gaya terbaik yang Nadeera boleh berikan kepada kami.”

COEX

“Bagi COEX pula, kita juga sudah screening semalam. Pakaian mereka pada ini sebenarnya adalah versi ketiga selepas kita nasihatkan untuk tukar.

Versi akhir ini sudah tone down banyak di bahagian-bahagian yang perlu. Cuma saya rasa, netizen judge berdasarkan tarian mereka dan itu yang membuatkan persembahan mereka menonjol ke arah sebegitu,” ulas Firdaus.

Dalam pada itu, Firdaus mewakili pihak produksi Big Stage 2023 tetap akan mengambiil teguran warganet dan menambah baik soal pemakaian peserta demi kelangsungan program.

BACA LAGI: Sakit Tekak Punca Naufal Azrin Tidak ‘All Out’, Tapi Puas Hadiahkan Lagu Buat Arwah Ayah – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ