Prof Dr Muhaya Pesan 5 Syarat Ini Jika Tak Nak Tertipu Dengan Pasangan

Share

 

Jodoh dan pertemuan itu tentunya adalah rahsia yang diketahui oleh Allah SWT.

 

Sebagai hambanya, manusia mempunyai fitrah untuk hidup bersama. Sejak zaman sekolah, kita akan tertarik dengan seseorang. Kemudian, isi hati semakin dikenali dengan lebih mendalam sehinggalah korang bercinta bertahun lamanya.

Satu hari, persoalan untuk mendirikan rumah tangga dan membawa hubungan itu ke fasa seterusnya akan muncul. Pada masa itu, korang akan tertanya apakah si dia ini merupakan pasangan yang tepat.

Insiden penceraian yang diikuti oleh seluruh Malaysia hari ini membabitkan Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi topik perbualan hangat sejak petang tadi hinggalah ke saf solat sunat Tarawikh (yes I heard you,

kakak). Siapa saja yang sukakan penceraian? Nobody.

Namun jika penceraian adalah perkara yang ingin korang elakkan, seharusnya sejak menjalin hubungan dengan pasangan pada peringkat awal, kita perlu meneliti apakah dia pilihan yang tepat. Penulis masih ingat 5 pesanan yang disampaikan oleh Prof Dr Muhaya semasa REMAJA bertemu beliau tak lama dahulu.

Ini adalah antara yang dipesan oleh Prof jika korang serius untuk menjadikan pasangan sebagai teman sehidup semati.

BAgi wanita yang mula jatuh cinta pada lelaki sila lihat ugama beliau dan fikir apa tujuan hubungan ini utk ALlah dan akhirat atau sebaliknya.

 

01

“Jangan bazirkan masa, emosi, wang dan kehidupan dengan aktiviti sia-sia tanpa terus pada tujuan perkahwinan dan membina diri ke arah menjadi ibu bapa mithali.”

Jika si dia tak mempunyai perancangan jangka masa panjang, buat apa kita hendak terus bersamanya? Bukanlah bermaksud korang perlu mendesak si dia untuk pantas berkahwin. Guarantee dia lari!

But at some point, this topic should be filled into your conversation

.

 

02

“Kepada kaum Adam, pilihlah seseorang akan menjadi ibu bakal anak-anak kita iaitu guru pertama anak kita.”

Kasih sayang ibu itu tak terperi nilainya. Jadi semasa memilih GF, fikir sebentar jika si dia itu dapat menjadi ibu yang baik untuk bakal anak korang. Kalau tak dapat imagine – hhm.

 

03

“Jangan menyesal kerana tersilap pilih semata-mata nafsu saja. Kecantikan akan hilang tetapi akhlak kekal.”

Ingat, bukan lelaki saja yang bernafsu. Perempuan pun ada nafsunya. Jadi janganlah kita mendekati si dia hanya disebabkan hartanya, rupanya, tubuh badannya dan segala ciri-ciri fizikal.

Harta boleh bertambah-tambah. Namun personaliti seseorang itu sukar sekali untuk berubah. Once a trash (habiskan ayat di bawah 15 patah perkataan, go!)

 

04

“Gambaran cara wanita itu dibesarkan adalah cerminan keluarga beliau.”

Pernah dengar tak seseorang menyebut, “Lihat cara lelaki melayan ibunya. Itulah cara dia akan melayang bakal isterinya. Atau, “Lihat cara perempuan berkata-kata. Itulah perkataan yang akan dikatakannya kepada bakal anaknya.”

 

05

“Pilih keluarga yang kita nak jadikan sebagai keluarga kita. Baru tidak berlaku masaalah mertua dan menantu.”

Ya, cinta antara kalian berdua saja tak mencukupi. Love can conquer all difficulties. Tetapi dalam budaya kita di Malaysia, korang bukan hanya mengahwini pasangan. Korang juga akan ‘berkahwin’ dengan keluarganya. Jika tidak mendapat restu terutamanya daripada kedua-dua orang tua, sukarlah perjalanan rumah tangga itu.

 


 

Bagi kami di REMAJA, perkara pertama yang perlu dilihat sebelum menjalin hubungan adalah jika si dia boleh menerima diri korang serta latar belakang korang secara ikhlas. Tanpa prejudis, tanpa apa-apa harapan.

Jika ya, maybe he or she is the ONE.

Published by
FZ