Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan salah seorang pemikir yang cukup dikagumi di Malaysia dan dunia.
Beliau merupakan seorang yang ‘genius’. Malah, penulis cukup kagum dengan beliau, terutama sifat cintakan ilmu yang ada padanya. Bidang beliau meliputi pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Beliau juga pernah mendapat anugerah terutama dalam bidang pendidikan dan komuniti(Dewan Masyarakat). Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama menerima Anugerah Melayu terbilang dan tokoh Maal hijrah.
Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi DBP yang pertama. – Gambar fail/Astro AWANI
Gelaran Profesor Diraja
Namun, korang tahu tidak bahawa gelaran tertinggi untuk ahli akademik, yang hanya pernah dipegang oleh seorang individu sahaja dalam sejarah?
Kalau anda nak tahu, gelaran tersebut adalah gelaran Profesor Diraja. Profesor diraja merupakan gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.
Gelaran Tertinggi Akademik
Ads
Gelaran tertinggi dalam akademik ini diberikan kepada kepada ahli akademik yang memberikan sumbangan yang bernilai kepada masyarakat serta memberikan kemajuan kepada Malaysia.
Setakat hari ini, gelaran tertinggi ini hanya dipegang oleh seorang individu sahaja iaitu Profesor Diraja Yang Mulia Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
Beliau telah mendapat gelaran tersebut ketika berusia 42 tahun pada 17 Jun 1978. Gelaran Profesor Diraja diberikan kepada beliau yang merupakan seorang tokoh yang paling disegani, terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia.
Sumbangan Dalam Revolusi Pengurusan Haji Di Malaysia
Salah satu sumbangan beliau yang paling memberi impak kepada dunia kewangan masyarakat Islam di Malaysia melalui Penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Hasilnya kini, institusi tersebut memiliki pengurusan haji jemaah Malaysia yang sangat sistematik dan diiktiraf oleh dunia.
Ads
Gambar hiasan | Kredit: Bernama
Berikut adalah antara ringkasan latar belakang dan sumbangan Allahyarham kepada masyarakat sepanjang hayatnya:
Allahyarham dilahirkan pada 28 Januari 1922 di Hampstead, London dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, English College di Johor Bharu sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College dan Universiti Malaya Singapura.
Allahyarham merupakan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang pertama dan paling lama berkhidmat.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham menulis lebih daripada 50 buah buku mengenai isu ekonomi dan sosial.
Allahyarham yang merupakan keturunan kerabat Diraja Johor adalah satu-satunya anak Melayu yang diberikan gelaran Profesor Diraja oleh Agong.
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz adalah bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Allahyarham terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang pertama.
Wajah Terpahat Pada Setem
Untuk makluman. gambar Prof Diraja Ungku Aziz telah terpahat pada salah satu setem khas bagi mengenang sumbangan tokoh cendekiawan Malaysia ini bersama dua orang tokoh akademik iaitu, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Rashdan Baba.
Tahukah anda Malaysia hanya pernah mempunyai seorang Profesor Diraja Ekonomi pada tahun 1978? Cuba korang teka berdasarkan tweet sumbangan beliau selepas ini. pic.twitter.com/6rSCbU73qi
Menerusi laman sosial Pos Malaysia, pihaknya memaklumkan penjualan setem ini sebagai usaha menghargai sumbangan besar tiga tokoh intelektual tersebut di negara ini.
Besar betul jasa figura Profesor Diraja Ungku Aziz ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan tiga orang anakanda Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Kuantan telah menarik perhatian ramai warganet pada hari ini.
Tatkala cuaca menunjukkan hujan renyai turun di sebelah pagi, tiga anakanda Baginda itu sedia meredah dengan memayungkan diri sendiri dan tidak menjadikan cuaca sebagai alasan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Terdahulu sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terkecuali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara apabila baginda bercemar duli membuang undi di Pekan, Pahang.
Bagaimanapun pada bulan Mac 2022, pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat di mana ia mengecualikan raja, pasangan dan waris mereka daripada didaftarkan secara automatik ke dalam senarai pengundi.
Pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Ia adalah untuk memastikan raja-raja kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Perkara 119A Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan hanya Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui warta, mengecualikan mana-mana raja dan waris mereka daripada direkodkan dalam senarai pengundi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan pengiraan kalori yang diambil setiap hari. Penah dengar tak orang turun berat badan dengan makanan rendah karbo?
Salah satu menu rendah karbo dan enak yang boleh korang cuba ialah ‘Terung John’ ini.
Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN: 1 biji terung panjang – potong memanjang 1 homemade beef patty/daging burger 3 biji telur Garam pink himalaya Serbuk lada hitam Sedikit daun ketumbar Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali. 2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan. 4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan. 5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan. 6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Tapi korang jangan pula letak mayones banyak-banyak, nanti terus jadi menu tak sihat. Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, atlet menembak dari Iran, Sareh Javanmardi memberi penghormatan kepada Al-Quran selepas memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak Sukan Paralimpik Paris 2024, mendapat pujian daripada institusi Al-Quran utama.
Sareh memperoleh pingat emas dalam acara P2 10 meter pistol udara SH1 pada Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris.
Sabtu lalu, pemain berusia 39 tahun itu sebelum ini memenangi emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memperoleh 236.8 mata meraih tempat pertama. Penembak Turki, Aysel Ozgan memperoleh pingat perak dengan 231.1 mata, manakala atlet India Rubina Francis meraih gangsa dengan jumlah 211.1 mata.
Sejurus selepas memenangi perlawanan terakhirnya, Sareh mencium senaskhah al-Quran sebelum melakukan sujud di atas bendera negaranya.
Ketua Dar-ol-Quran Iran mengeluarkan kenyataan, memuji tindakan atlet itu dalam menghormati al-Quran.
Pingat emas di Paris merupakan yang keempat dimenangi Sareh sepanjang lima kali penyertaan Sukan Paralimpik iaitu dua di Paralimpik Rio 2016 manakala satu di Paralimpik Tokyo 2020.
Sekadar info, Sareh yang diberi julukan Iran Pistol Queen dilahirkan dengan kecacatan pada bahagian kaki mengumumkan akan bersara demi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...