Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua.

Share

Ahli akademik dan pemikir terkenal negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini pada jam 4.30 petang di Hospital Prince Court di Ibu negara.

Ungku Abdul Aziz diahirkan pada 28 Januari 1922 dalam susur galur keluarga kerabat Diraja Johor dari sebelah ayahnya manakala ibunya, Hamidah Abdullah, merupakan wanita keturunan Turki. Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang Pendidikan. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Sumber Gambar: via ummemory.um.edu.my

Untuk pengetahuan pembaca Remaja, allahyarham merupakan seorang figura penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Jasanya ternyata memberikan kesan positif kepada kita sehingga hari ini.

Dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1978, allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran jenazah Allahyarham Profesor Ungku Aziz akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan malam ini.

Sumber: Astro Awani

Sumber gambar utama: Kiri via Facebook Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu UM, Kanan via Merdeka Award

Published by
Fiezreen