Tangisan di pipi mengiringi episod terakir bagi program bual bicara, The Ellen DeGeneres Show semalam.

Memasuki musim ke-19, Ellen yang juga pernah bergelar pemenang anugerah Emmy’s tidak dapat menutupi rasa sebak yang menyebulungi dirinya sambil ditemani penonton di studio serta beberapa jemputan selebriti yang hadir bagi meraikan episod tersebut.

Ellen menggelar program itu sebagai satu ‘privilege’ terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya. Turut mengambil kesempatan itu untuk berterima kasih kepada para kru produksi yang selalu “memberikan sokongan dan memberikan kasih sayang dalam berkarya”, Ellen secara tidak langsung ingin menutup buku lama berkaitan dakwaan yang pernah diterimanya beberapa tahun kebelakangan ini.

Program Bual Bicara ‘ELLEN’ Diakhiri Pengacara Dengan Permohonan Belas Kasihan

Pada tahun lalu, beberapa bekas kru produksi rancangan Ellen telah mendedahkan kononnya pengacara itu mengamalkan budaya toksik di tempat kerja. Apabila produksi itu diasak dengan pelbagai komen negatif terutamanya di media sosial selepas artikel temubual Buzzfeed dimuat naik, Ellen dan pasukannya mengambil keputusan untuk menghentikan program tersebut buat sementara waktu. Tidak lama selepas itu, mereka mengumumkan musim ke-19 ini bakal menjadi musim terakhirnya.

Ads

Anyway, buat Ellen; semua dakwaan itu telahpun dilupakan olehnya dan monolognya menerusi episod semalam menceritakan perasaan sebenarnya.

Program Bual Bicara ‘ELLEN’ Diakhiri Pengacara Dengan Permohonan Belas Kasihan

“Anda menemui cara untuk menjadikan program ini lebih bersinar; lebih daripada kemampuan saya sendiri. Anda membantu saya menjadi yang terbaik. Saya akan menyayangi anda lebih daripada yang boleh saya ungkapkan.

Ads

“Saya berharap apa yang telah saya lakukan dalam tempoh 19 tahun yang lalu telah menggembirakan anda dan saya telah berjaya membuatkan anda terlupa akan hari-hari buruk anda sebelum ini,” ucapnya.

Sambung Ellen, beliau turut berharap agar program ini telah menginspirasikan para penontonnya selama ia berlangsung untuk menjadi diri sendiri yang autentik.

“Sekiranya seseorang yang anda kenali menjadi berani untuk memberitahu dan menunjukkan diri mereka terhadap anda, seharusnya anda sokonglah mereka, ” untuk merujuk kepada keberaniannya untuk mendedahkan orientasi seksualitinya suatu masa dahulu sebelum menasihati agar, “Bukalah hati dan minda untuk menunjukkan rasa belas kasihan. Ini memandangkan perasaan belas kasihan itulah yang akan menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih baik.”

Ads

Selamat Tinggal Ellen!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI