Video ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan seksual dan reproduktif.
Video ini tidak bertujuan menggalakkan perbuatan yang bercanggah di sisi undang-undang negara atau kepercayaan mana-mana pihak.
Watak-watak di dalam video ini melakukan penggambaran secaar sukarela dan tiada unsur paksaan.
Inilah disclaimer yang dikeluarkan di awal-awal pernyataan video Kakak Kondom yang mula menjadi perhatian masyarakat kerana ada dakwaan wujudnya video ini untuk mengajar masyarakat muda mengamalkan seks bebas.
Menurut Yayasan AIDS Malaysia, sebelum video program ini dimuat naik, pihak mereka telah memperhalusi skrip beberapa kali agar tidak wujud kontroversi.
Masa yang sama, tujuan video ini dibuat adalah untuk mendidik masyarakat dan tiada niat untuk menimbulkan kontroversi atau mengajak masyarakat mengamalkan seks terbuka.
Ads
“Ia bergantung kepada siapa penontonnya, sama ada sudah berkahwin atau masih bujang. Kalau berkahwin, mungkin tiada masalah dan semua itu bergantung kepada penerimaan mengenai isu ini,” katanya lagi.
Tambahnya mereka lagi, program Kakak Kondom adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) untuk mendidik masyarakat tentang pencegahan HIV melalui transmisi seksual. Isu ini tidak boleh dipandang remeh, kerana pada masa ini, 95 % daripada kes jangkitan baru HIV adalah berpunca dari amalan seks tidak selamat.
"Naratif yang cuba diketengahkan melalui platform Kakak Kondom tertumpu secara khusus kepada penggunaan kondom sebagai langkah mencegah jangkitan HIV dan STD. Dengan menggunakan pendekatan secara bersahaja, yang dipadankan dengan lenggok bahasa pertuturan harian yang tidak mengandungi istilah perubatan yang bersifat elitis, kami berharap mesej yang cuba kami sampaikan ini akan dapat difahami dengan mudah oleh segenap lapisan masyarakat.
"Niat kami hanyalah untuk menggalakkan golongan belia menimba ilmu tentang pencegahan HIV/AIDS, dalam persekitaran dalam talian yang selamat, terbuka dan tanpa prejudis. Pendekatan kami mungkin telah menimbulkan kontroversi dan keresahan di kalangan sesetengah pihak. MAF memahami komplikasi yang telah timbul, dan mengucapkan terima kasih diatas teguran membina yang telah kami terima melalui media sosial. Di masa hadapan, kami komited untuk memperbaiki dan memperhalusi lagi naratif serta kaedah penyampaian maklumat kami agar lebih selari dengan norma masyarakat tempatan"jelas mereka dalam satu pernyataan media.
Ads
#MAF #EndingAIDS2030 #SexEducation #SafeSex
Tambah Yayasan AIDS Malaysia, video bagi episod Pilot Projek mengetengahkan topik 3 mitos mengenai kondom.
“Pertamanya kondom boleh bocor, kena letak minyak untuk pelincir dan kena pakai dua lapis kondom untuk lebih selamat. Jadi dalam episod berkenaa, kita mendidik masyarakat bahawa itu semua tidak tepat,” kata Yayasan AIDS Malaysia yang menjelaskan pengacara program ini, Azryn Arshad yang juga dikenali sebagai Kakak Kondom telah meneriima latihan dari Federation Of Reproductive Health Associations (FRHAM) unntuk mengajar mengenai pendidikan seksual dan reproductive. Sementara seorang lagi pengacara ialah Najwa A’liah Fairuz yang dikenali sebagai Adik Kondom.
Ads
Jelas mereka lagi, cara penyampaian Azryn Arshad yang bersahaja dan banyak berdepan pelajar universiti di mana mereka menyukai caranya adalah antara mengapa dirinya terpilih sebagai pengacara. “Seperti kita katakan di awal-awal tadi, video ini bertujuan untuk mendidik dan memberi pendidikan kerana gejala buang anak semakin meningkat pada hari ini. Kita tak mahu masyarakat curi-curi melakukan dan kemudian buang bayi dengan cara yang salah. Bukan juga kita mahu menggalakkan tapi isu gejala pembuangan bayi di kalangan remaja menunjukkan angka menakutkan,” kata mereka lagi.
Bukan semua episod tampil kontroversi
Dalam pada itu, Yayasan AIDS Malaysia turut memaklumkan, pada episod satu program Kakak Kondom selepas Pilot Projek, mereka mengutarakan kuiz mengenai masalah kelamin.
“Tapi tak ada orang bercakap mengenai kebaikan yang kita buat mengenai isu ini sebaliknya hanya melihat isu kondom yang dikatakan tabu dalam masyarakat,”katanya yang mahu masyarakat Malaysia melihat isu program ini secara lebih menyeluruh. Malah bagi Yayasan AIDS Malaysia,pihak mereka tiada langsung untuk menimbulkan perasaan kurang masyarakat dengan program tersebut. Hanya untuk pendidikan dan memberi kesedaran mengenainya sahaja.
Bagi REMAJA, apa pun penerimaan kita mengenai program Kakak Kondom ini terpulang kepada penerimaan masing-masing. Sama ada kita memang terbuka hati untuk menerima semua ini secara terbuka atau kita masih tabu mengenainya. Gambar pengacara : Malay Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang sayangkan RM1000, jangan sesekali berapa hisap rokok atau vape di taman awam di Selangor ya. Juga amaran ini khusus untuk mereka yang suka minum arak.
Ini kerana berkuat kuasa hari ini, Selangor menjadi negeri pertama yang menguatkuasakan larangan aktiviti merokok termasuk rokok elektronik serta meminum arak di taman awam di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta merta.
EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata penguatkuasaan larangan baharu itu dimasukkan ke senarai kesalahan di Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor.
"Pada masa ini, senarai kesalahan di UUK Taman tidak dinyatakan berkenaan aktiviti meminum arak dan merokok sebagai satu aktiviti yang dilarang.
"Dengan pindaan UUK Taman 2005 ini, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang melarang meminum arak dan merokok di taman permainan serta taman rekreasi di seluruh negeri ini," katanya pada sidang media di hari ini.
Beliau berkata, gaya hidup yang sihat semakin menjadi amalan dan keutamaan rakyat justeru taman permainan dan taman rekreasi semakin kerap dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah, bersukan serta melakukan aktiviti kekeluargaan.
"Demi keselesaan dan kesihatan pengunjung lebih-lebih lagi pada pasca Covid-19, maka kini tiba masa untuk melarang aktiviti minum arak dan merokok di taman permainan dan taman rekreasi mengikut UUK Taman.
"Penguatkuasaan undang-undang berkenaan akan dilaksanakan oleh PBT dan saman maksimum RM1,000 boleh dikenakan kepada pengunjung yang ingkar dengan larangan yang ditetapkan," katanya.
Sze Han berkata, penguatkuasa PBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagaimanapun, orang ramai juga boleh membuat aduan kepada PBT masing-masing sekiranya melihat salah laku berkenaan di taman awam.
"Sebagai permulaan, kita mungkin akan memberi amaran terlebih dahulu sebelum tindakan saman dikenakan kepada pelaku," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini sedang mengalami gangguan elektrik sejak pukul 12.39 tengah hari tadi.
Menurut Facebook TNB Careline, gangguan ini melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan. Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota. Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Kelang.
Walau bagaimanapun, bekalaan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang. Punca kejadian masih lagi dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
Tanda pagar #Blackout juga menjadi tular di laman Twitter dan rata-rata warganet turut berkongsi kejadian blackout yang berlaku di kawasan mereka.
Jangan risau, TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ya lah, selalu keluar bersama, makan berdua, ungkap kata-kata sayang tapi rupanya itu semua hanya gurauan menyedapkan hati.
Di negara jiran Indonesia, tular di Tik Tok @Iztmr_ seorang gadis yang sedang menyanyikan lagu sedih tiba-tiba menangis hinggakan teman-temannya naik hairan.
Bila ditanya kenapa, rupanya baru putus cinta.
Bila diajukan kenapa, kata gadis itu hubungan mereka putus selepas dia bertanyakan secara baik bila hubungan ini akan diakhiri dengan perkahwinan.
Tapi jawapan teman lelakinya buat dirinya terduduk dan terus terciduk. “Kita hanya teman, tak ada apa-apa ikatan, jangan berharap lebih-lebih.
Setakat ini video tik tik itu sudah ditonton 1.6 juta orang sejak ia dimuat naik 11 Ogos lalu.
“Sakitnya ya 7 tahun kenal, Cuma dianggap teman biasa saja. Kesian sama kawan gua, suka-suka tiba-tiba nangis. Tambah nangis bila nyanyi lagi sedih. Kita doakan agar dirinya dipertemukan dengan orang yang benar-benar sayangkan dirinya,”tulis Liza Tamara, 20 tahun dari Lampung mengenai nasib kawannya.
Dalam pada itu, di Instagram @Lizaatamaraaa itu berkata, kisah cinta ini mengenai sahabatnya, Tridewi yang berusia 25 tahun dan sudah menjalin hubungan cinta tujuh tahun.
Keduanya sempat bertengkar sebelum putus.
“Semasa pergaduhan itu, kawan saya tanya habis selama ini hubungan kita apa? Terus dijawap kekasihnya “kita Cuma teman, tak ada lebih,”” katanya kepada Tribunnews.com.
Liza turut memaklumkan temannya sangat sedih selepas putus cinta Ogos lalu.
“Doa selalu sedih, sering mengelamun,”katanya lagi.
Selalu tanya bila nak kahwin
Kata Liza lagi, sahabatnya itu sudah bertanya bila hubungan mereka akan diakhiri dengan pernikahan.
Tapi setiap kali soalan itu diajukan teman lelakinya tidak memberikan respons, seolah-olah tidak berminat.
“Tapi sekarang kawan saya sudah redha dengan ujian cintanya itu. Alhamdulilah dia tidak sedih lagi selepas dua bulan melalui hal ini. Mengakui temannya tahu videonya viral tetapi dirinya tidak kisah.
Buang masa couple tujuh tahun
Dalam pada itu, timbul pelbagai komen dari netizen.
Ada yang menganggap buang masa selama tujuh tahun bercinta dengan lelaki tidak tahu menghargai.
Ada menyuruhnya bersabar dan akan datang jodoh yang baik dan sebagainya. Sumber : Tribunnews.com
Tapi memang pedih dooo kalau couple tujuh tahun tapi tiba-tiba anggap kau kawan biasa jer. Siapa ada pengalaman begini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon...