Program PRIHATIN Kasih Salur Bantuan RM100 Sebulan Tanpa Tunai Melalui MyKad

Share

Kerajaan telah menyediakan satu lagi bantuan kepada 300,000 isi rumah golongan misin bandar yang akan diberikan bantuan barangan dapur secara tanpa tunai melalui MyKad menerusi Program PRIHATIN Kasih dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Bantuan RM100 akan diberikan secara bulanan selama tiga bulan dan penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya.

Foto: Niaga Kini

Projek perintis program bantuan ini sudah pun dimulakan pada 1 Julai lalu kepada golongan miskin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Program PRIHATIN Kasih ini melibatkan bantuan bulanan seperti:

• RM100 untuk sebulan
• Diberikan selama RM300
• Dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad
• Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama elaun bulan berikutnya
• Baki elaun boleh digunakan sehingga akhir tahun

Program ini juga melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuklah:

• Mydin
• Giant
• Econsave
• The Store
• Pacific
• Milimewa
• 99 Speedmart
• Lotus Stores (Tesco)
• Serta kedai-kedai runcit

Fasa pertama sudah dilaksanakan di Selangor dan Kuala Lumpur, manakala fasa selanjutnya akan dilancarkan di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu pada Ogos ini, sebelum diteruskan ke Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak pada September dan Oktober depan.

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima mesej SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status penerima, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Sekiranya korang adalah individu yang layak menerima bantuan ini, diharap korang lebih peka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, korang boleh terus menghubungi MyKasih di talian 03-7720188 atau layari laman web mereka di mykasih.com.my

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman