The Promise: Filem Seram Tanpa Hantu, Tapi Masih Buat Penonton Tutup Muka Dalam Panggung

Share

Mungkin ramai yang setuju kalau kami katakan filem seram Thailand adalah antara karya yang boleh dibanggakan kerana sentiasa membuatkan penonton terkesan dengan babak suspens yang diberikan.

Yes, The Promise merupakan sebuah lagi filem horror Thai yang bakal buat anda tak senang duduk dalam panggung, sambil ternanti-nanti babak cemas seterusnya.

Filem ini mengisahkan 2 BFF, Boum dan Ib yang berpakat membunuh diri selepas bapa mereka diisytiharkan muflis akibat kegawatan ekonomi. Namun, Boum mengubah fikiran selepas melihat sahabat baiknya mati. 20 tahun kemudian, roh Ib kembali menuntut janji menjelang hari jadi ke-15 anak perempuan Boum.

Ghost Tower

Antara lokasi utama filem ini memaparkan sebuah menara terbengkalai yang dikenali sebagai ‘Ghost Tower’. Dengarnya, menara ini memang terkenal di kalangan masyarakat Thai dan pelancong luar. Mereka gemar menyelinap masuk dan mengambil gambar, bahkan ada yang melakukan parkour di bangunan ini.

Malah, menara setinggi 49 tingkat ini didakwa tidak dapat disiapkan kerana mengalami krisis ekonomi pada 1997 dan akhirnya ditinggal begitu saja.
Lebih menyeramkan lagi, seorang lelaki Sweden ditemui mati tergantung pada Disember 2014 di tingkat 43.

Hm, nampak gaya macam filem The Promise sedikit sebanyak mengambil kisah benar yang berlaku di sini.

Tak nampak hantu tapi kesannya tetap umphh!

Satu pujian kami nak berikan untuk filem ini kerana tidak seperti filem-filem seram yang lain, The Promise tak perlu trying too hard menonjolkan unsur-unsur keseraman melalui hantu fizikal kerana dengan babak suspens yang ada sudah cukup buat penonton untuk menutup mata dan telinga.

Jadi filem ini tak ada la sampai menghantui fikiran anda dengan figure-figure hantu yang menyeramkan sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Cinta dan kasih sayang

Bukan hanya sekadar filem seram, The Promise juga mengetengahkan elemen kasih sayang di antara sahabat dan keluarga. Babak-babak seram diselang seli kan dengan nilai cinta seorang ibu terhadap anaknya dan bakal membuatkan hati anda tersentuh.

Tak perlu kami complain lakonan Numthip Jongrachatawiboon yang membawa watak sebagai Boum, ibu kepada Bell. Seorang ibu yang protective, pelakon ini berjaya menghidupkan watak utama filem ini.

Persoalannya, adakah Boum dapat menyelamatkan anak perempuannya daripada menjadi mangsa dendam Ib? Nah, saksikan sendiri filem ini di pawagam berhampiran anda untuk merasai sendiri garapan naskhah dari Thailand ini.

 

 

Published by
Noor Ain Norman