Jimat! Promosi F&B Yang Berlangsung Sepanjang Bulan Mac

Share

 

Kalau korang sentiasa tercari-cari diskaun makanan dan minuman, jangan sesekali lepaskan peluang ini.

Kini, banyak promosi dilancarkan oleh restoran kegemaran ramai sepanjang bulan ni. REMAJA senaraikan promosi makanan dan minuman yang wajib korang serbu & grab.

 

1. Minuman Kedua Starbucks Hanya RM5 Sahaja

Minuman kedua Starbucks hanya berharga RM5 sahaja?!

Ya, tetapi promosi ini hanya valid dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari sahaja. Caranya, korang perlu membeli minuman handcrafted dan enjoy minuman kedua pada harga diskaun.

Tarikh Promosi: Sekarang hingga 28 Mac 2021
Waktu Promosi: Sabtu & Ahad (10am – 12pm)
Lokasi Promosi: Semua stor Starbucks di Malaysia kecuali di KLIA, KLIA2, Sunway Lagoon dan Genting Highlands.

 

2. Baucar Burger King

Dengan menggunakan baucar Burger King, korang boleh mendapatkan beberapa menu menarik pada harga diskaun. Antaranya termasuklah set 2 burger Mushroom Swiss + Cheesy Fries + aiskrim vanila pada har RM16.90 dan cheeseburger + onan rings + fries pada harga RM9.90.

Tarikh Promosi: Sekarang – 15 April 2021
Lokasi Promosi: Hanya di Burger King Semenanjung Malaysia kecuali Sunway Lagoon, Medini Mall, JPO, GPO, Mitsui Outlet Park, Langkawi & lapangan terbang.

 

3. Family Mart Oden Diskaun 50%

Wow! Tapi ingat ya, diskaun ini hanya digunakan dengan pesanan bungkus oden melalui aplikasi online My Family Mart. Masukkan kod promo untuk mendapatkan diskaun 50%!

Tarikh Promosi: Sekarang sehingga 30 Mac 2021
Lokasi Promosi: MY FamilyMart ONLINE

 

4. Baskin Robbins Beli 1 PERCUMA 1

Korang hanya perlu beli Single Regular Scoop dan dapatkan PERCUMA satu lagi Single Junior scoop!

Tapi korang kena alert kerana promosi ini akan menukar perisa pada setiap hari. Segala update perisa akan diberitahu di media sosial mereka.

Tarikh Promosi: Sekarang sehingga 30 Mac 2021
Lokasi Promosi: Semua stor Baskin Robbins

 

5. Sushi King Bonanza 

Berita baik untuk peminat setia makanan Jepun, Sushi King Bonanza kembali dengan harga sushi RM3.18 sepinggan.

Tawaran ini meliputi 45 jenis sushi. Namun, tempoh promosi adalah mengikut lokasi yang telah ditetapkan! Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu 8 – 11 Mac (Pulau Pinang, Perlis, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak) dan 22 – 25 Mac (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Kedah, Terengganu dan Sabah)

Tarikh Promosi: 8 Mac hingga 25 Mac 2021
Lokasi promosi: Sushi King Malaysia

Published by
Nana