Promosi Hari Kopi Sedunia, 6 Jenama Diskaun ‘Gila-Gila’ Serendah RM1!

Share

Oktober merupakan bulan yang dinanti oleh si Coffee Lover seluruh dunia, mana tidaknya setiap 1 Oktober dah diiktiraf sebagai Hari Kopi Sedunia.

Malaysia juga tidak terkecuali! Ini 6 jenama yang turut tawar pelbagai diskaun. Tidak seperti hari lain, istimewa pada hari ini dan bulan Oktober sahaja okay. Korang berpeluang menghirup kopi pilihan dengan harga yang cukup murah serendah RM1. Wow!

Waktu ni la kita boleh berangan duduk di kedai kopi mahal dengan promosi-promosi yang terlajak murah sampai ke malam! Ini senarainya.

1. Starbucks

Menawarkan promosi kopi sepanjang hari, setiap jam dibahagikan dengan kopi-kopi signature mereka. Jom lepak Starbucks guys!

2. San Francisco Coffee

Bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, pelanggan boleh menikmati kopi dengan RM1 dan RM5 untuk sepanjang hari ini.

3. The Coffee Bean & Tea Leaf


Rupanya Coffee Bean dah start awal  promosi sempena Hari Kopi Sedunia ini. Di Coffee Bean, boleh menikmati kopi serendah RM2 sahaja! Memang murah sangatlah.

4. Tealive


Jenama kegemaran ramai ini menawarkan promosi kopi luar biasa daripada pesaingnya yang lain. Sepanjang Oktober ini, pelanggan Tealive boleh menikmati kopi terbaik mereka dengan harga cuma RM5 bermula waktu pagi sehingga jam 3 petang. Sepanjang Oktober ye kengkawan!

5. Burger King

Menawarkan kopi PERCUMA sepanjang 1 Oktober ini, tak perlu beli apa-apa di Burger King. Pergi sahaja ke mana-mana cawangan Burger King dan redeem kopi anda. Free beb!

6. McDonald’s


Selain terkenal dengan menu-menu sarapan yang pelbagai, kini boleh dapatkan promosi kopi Latte ais McDonald’s dengan harga RM1.99 sepanjang hari ini. Memang berbaloi.

Jadi coffee lover, apa tunggu lagi. Lets nikmati kopi dengan harga-harga menarik hari ini. Pilih sahaja jenama mana yang berkenan. Bukan selalu nak dapat harga murah macam ni beb.

 

Published by
Nana