Promosi Hebat Datang Lagi, Tealive Tawar Harga RM2.50 Sehingga 29 Disember Ini

Share

Kalau Ramadan lepas, Tealive dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk kempen raya dengan memberikan promosi harga minuman serendah RM2.50 apabila membayar menggunakan Touch n Go eWallet.

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan mungkin kerana tu, kerjasama ini diteruskan lagi. Ha berita baik untuk korang yang gemarkan minuman Tealive, mulai 1 November 2019, setiap minuman Tealive yang berharga RM6.50, jika korang bayar menggunakan Touch n Go eWallet

akan dicaj dengan hanya harga RM2.50.

Tawaran ini berlangsung dari 1 November hingga 29 Disember 2019.

Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian bagi satu transaction.

Tawaran ini juga hanya sah di seluruh outlet Tealive kecuali outlet di AEON Delica Foodcourts dan Maxvalu.

Promosi ini hanya terhad untuk 1,800,000 cups

saja sepanjang tawaran berlangsung.

Ha, kalau nak murah kena la cepat-cepat beli kan. Serious, korang memang boleh jimat banyak jika menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.

Jom Tealive malam ni. Hiks!

Published by
Noor Ain Norman