
Hari ini, 8 Mac 2020 adalah Hari Wanita Sedunia. Bertemakan Seimbang Untuk Sejahtera, sambutan di peringkat negara kita bagaimana pun ditangguh ke satu masa berikutan konflik politik di mana belum ada Menteri dilantik.
Biasanya saban tahun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang akan mengatur pelbagai aktiviti tetapi tahun ini ia masih menjadi tanda-tanya.
Biar tiada sambutan dirai bagi meraikan seluruh mereka yang bergelar wanita, sama ada dipanggil mak, ibu, Ummi, Bonda atau apa juga gelaran hatta kepada para gadis sekalipun, anda adalah wanita yang sangat dihargai dan sudah pastinya menyumbang banyak baik kepada keluarga, masyarakat mahu pun negara.
Di sebalik kesedihan kerana tiada acara diraikan, bagaimana pun banyak promosi kaw-kaw ditawarkan iaitu 50 peratus, beli 1 percuma 1 sempena Hari Wanita 2020. Burger King, Marry Brown, Chatime, Cool Blog, MyKori, Tealive, Chatto dan lain lagi.
So, korang bolehlah belanja mak-mak, akak-akak untuk meraikan hari istimewa mereka hari ini. Pasti lebih menggembirakan hati mereka hari ini.
Remaja 21 Beradik Jual Kuih Bantu Ibu Untuk Sara Keluarga & Ayahnya Yang Hidap Kanser Otak

Jika kita merasa kehidupan kita susah, ingatlah masih ramai lagi yang diuji dengan kesusahan yang mungkin kita sendiri belum tentu boleh menghadapinya.
Rasa sebak bila menonton video temu bual yang dikongsi oleh laman Facebook FS Channel tentang kisah dua beradik yang menjual kuih demi membantu menyara keluarga.
Mereka masing-masing berusia 15 dan 18 tahun, menjalankan penjualan kuih di Maybank Jalan Taiping, Klang dan paling membuatkan kami sebak bila mana kedua-duanya memberitahu bahawa mereka sudah tidak lagi bersekolah.
Mempunyai 21 orang adik-beradik, remaja yang dikenali sebagai Iman dan Luqman ini turut memberitahu keadaan ayahnya yang kini terlantar di rumah disebabkan penyakit kanser otak apabila ditanya oleh si perakam video.
Sayu hati kami melihat wajah anak muda ini bila ditanya soal ayahnya.
Sejurus selepas Iman ditemu bual, datang pula adiknya, Iman yang baru selesai menunaikan solat di masjid berdekatan. Katanya, mereka harus bergilir-gilir solat untuk menjaga jualan kuih di dalam premis bank tersebut.
Alhamdulillah sesusah mana pun kehidupan, mereka tidak pernah mengabaikan dan masih menjaga solat.
Semoga urusan adik-beradik ini dan keluarganya dipermudahkan dan teruskan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kerana insyaAllah hidup akan lebih diberkati.
Kalau ada yang lalu di kawasan adik ini berniaga, sama-samalah kita bantu mereka dengan membeli jualan kuih mereka.
Kami yakin masyarakat Malaysia ramai yang prihatin kan?
Sumber: FS Channel
“Jangan Datang Ke Pengebumian Saya..” – Mina AOA Kembali ‘Down’ Dengan Kes Buli

Tak sampai sebulan selepas seorang bekas ahli kumpulan K-pop AOA mengeluarkan kenyataan berani dan mendakwa pernah menjadi mangsa buli kumpulan sendiri, kini dia kembali dengan dakwaan baharu.
But not without a drama, of course..
Posting terbaru Kwon Mina di Instagram telah mengejutkan peminatnya serta bekas majikan labelnya.
Dalam posting tersebut, Mina menyebut:
“Saya enggan ‘pergi’ dengan hati tidak tenang. Hiduplah dengan tenang Shin Jimin, Han Sung Ho dan Kim Seolhyun.
“Ibu, kakak dan keluarga saya tidak boleh berkata berkata banyak, mereka hanya akan bersedih walaupun ini bukan salah mereka.
“Tolong bertanggungjawab ke atas impak psikologi yang dialami mereka..,” catat Mina di Instagram
Secara pantas, peminat Mina terus menyerang Instagram Seolhyun dengan kecaman atas dakwaan tersebut.
Dalam laporan media di Korea Selatan, mereka berkata Mina telah dikejarkan ke hospital setelah dia memuat naik satu lagi foto yang menunjukkan lengan yang dicederakan olehnya sendiri.
Ternyata emosi dan keadaan mental Mina tidak stabil sehingga sanggup berbuat sedemikian
ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Tak Sentiasa Betul, Kes Buli Wujud Dalam AOA Untuk 10 Tahun
Satu lagi laporan bercerita mengenai dakwaan Mina terhadap bekas labelnya yang dikatakan tidak bersifat adil dalam isu bayaran dan dakwaan buli. Setelah cuba untuk mengubungi mereka, Mina mendakwa dia gagal untuk mendapatkan penjelasan.
.
Apa pendapat korang?
Adakah label grup AOA yang seharusnya bertanggungjawab atas segala kontroversi yang berlaku ini? Ataupun Mina seharusnya lebih matang dalam menyelesaikan isu emosinya?
Han Lay, Ratu Cantik Myanmar Berani Bersuara Demi Kedamaian Negara

Sejak Februari lalu, rakan ASEAN kita iaitu Myanmar dilanda pergolakan negara apabila pihak tentera merampas kuasa dan menuduh wujud penipuan dalam sistem pengundian pilihan raya umum mereka pada tahun lalu.
Sejak itu, Suu Kyi dan tokoh-tokoh kanan telah ditahan. Manakala masyarakat Myanmar memilih untuk turun ke jalan raya bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi demonstrasi jalanan.
Walaupun ditekan dan didesak oleh rakyat dan pemerhati antarabangsa, pihak tentera Myanmar masih tegas dengan keputusan mereka untuk memimpin hingga mengorbankan nyawa.
ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower : Siapakah Kyal Sin, Remaja 19 Tahun Maut Demi Demokrasi Di Myanmar – REMAJA
Pihak tentera turut memberitahu Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa mereka bersedia melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Baru-baru ini, nama wakil Miss Grand Myanmar iaitu Han Lay tiba-tiba menjadi sebutan setelah gadis berusia 22 tahun ini lantang bersuara di pentas akhir Miss Grand International 2021. Dalam slot yang diberikah khas kepadanya, Han Lay merayu masyarakat dunia agar membantu Myanmar.
1. Han Lay merupakan pemenang tempat kedua di pertandingan Miss Universe Myanmar 2020. Selaku naib juara, dia dilantik mewakili Myanmar di pentas Miss Grand International 2020 yang baru saja diadakan di Bangkok, Thailand pada bulan lalu.
BACA LAGI : Wakil Miss Grand Malaysia Catat Sejarah, Bolos Posisi TOP 10 – REMAJA
2. Han Lay yang juga dikenali sebagai Thaw Nandar Aung menyuarakan pandangan rakyat Myanmar tentang kekejaman tentera di negaranya. Dia lantang bersuara semasa mendapat platform bercakap di Miss Grand International.
3.“Hari ini di negara saya, Myanmar, ketika saya berdiri di atas pentas ini, lebih 100 orang sudah terbunuh. (Berhenti sebentar) Tolong bantu Myanmar. Kami amat memerlukan pertolongan segera antarabangsa,” katanya.
4. Ini bukanlah kali pertama Han Lay berani menentang kekejaman tentera di Myanmar. Sebelum ini, gadis ini pernah menyertai demontrasi jalanan di Yangon, Myanmar.
5. Merupakan mahasiswa di Universiti Yangon, dia menyatakan kepada pihak BBC bahawa dia menggunakan medium pertandingan ratu cantik untuk bersuara memandangkan pihak media di Myanmar juga tidak mempunyai kuasa.
Di sana, penggiat media akan ditahan jika menentang tentera. Jadi dia bijak menggunakan peluang keemasan tersebut untuk bercakap kepada keseluruhan penonton dunia.
6. Bagaimanapun, soal keselamatan Han Lay kini terganggu disebabkan kelantangan suaranya. Oleh sebab itu, dia kini masih berada di Thailand selepas pertandingan berakir.
Menurut penganjur Miss Grand International iaitu Encik Nawat Itsaragrisil, Han Lay akan tinggal di Thailand sekurang-kurangnya tiga bulan dan berada di bawah jagaan penganjur selama tempoh itu.
7. Dalam segmen kostum nasional Miss Grand International 2020, Han Lay mengenakan busana bertemakan ‘A Goddess of Peace’. Kostum yang didominasi warna kuning keemasan dan putih itu melambangkan kedamaian yang diimpikan oleh dunia dan negara Myanmar.
8. Han Lay sebelum ini pernah tercalit dengan kontroversi akibat insiden yang tidak disengajakan berlaku ketika segmen baju renang.
Han Lay yang ketika itu sedang memakai bikini lengkap berwarna biru berjalan dan memperagakannya di sudut sebelum secara tiba-tiba payudaranya tersembul keluar secara tidak sengaja.
Sumber : BBC