Yalah, bukan mudah nak saksikan siaran secara langsung dalam kamar mahkamah tambah-tambah kita nie student law tahun satu.
Kalau student law teruja, bagaimana dengan kita sebagai orang awam?
Mungkin kita tak terfikir pun nak masuk mahkamah kecualilah kita kena dakwa, ada ahli keluarga didakwa dan lain-lain hal.
Namun disebabkan Perintah Dalam Kawalan (PKP), rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan prosiding mahkamah secara langsung hari ini. Ia sekaligus mencatat sejarah kali pertama badan kehakiman kita bersidang secara langsung yang dapat disaksikan oleh orang ramai tanpa halangan.
Memetik laporan Astro Awani, Badan Kehakiman Negara hari ini mencatatkan sejarah apabila buat kali pertama menyiarkan secara langsung prosiding kes Mahkamah Rayuan secara dalam talian.
Ads
Prosiding rayuan yang bermula sekitar jam 10 pagi itu disiarkan secara langsung di laman web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan saluran Youtube rasmi Badan Kehakiman Malaysia.
Pendengaran rayuan itu membabitkan tiga perayu iaitu Zhoa Fangliang, Jin Haifang dan Zhu Cunhua terhadap Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd.
Perayu diwakili Tetuan K. F. Ee & Co manakala responden pula diwakili Tetuan Othman Hashim & Co.
Prosiding tersebut dikendalikan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Kamardin Hashim, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Azizah Nawawi.
Ads
Pada permulaan prosiding, Kamardin mengemukakan asas prosiding selain mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak supaya ia disiarkan secara dalam talian.
Ia bertujuan supaya tidak timbul hujah berkaitan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang belum dipinda untuk membolehkan siaran langsung prosiding dilakukan.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia sebelum ini memaklumkan langkah itu bagi membolehkan orang awam melihat secara langsung pendengaran kes yang dijalankan seperti di mahkamah terbuka dan juga memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan.
Ads
Ia seiring situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan sekali gus memerlukan Badan Kehakiman Malaysia menjalankan pendengaran kes-kes tertentu secara dalam talian.
Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac, mahkamah masih boleh mendengar permohonan reman, pendakwaan kes baharu, permohonan kes jenayah, semakan keputusan mahkamah rendah dan pengurusan kes biasa.
Apa pun Salam Ramadan buat u all semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahulu merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat populardan wajib ada kalau tiba perayaan AidilFitri. Tetapi, kalau diikutkan prosedur asal pembuatan bahulu agak rumit juga kerana perlu dibakar menggunakan oven atau lebih tradisional menggunakan sabut kelapa.
Jangan risau, zaman sudah semakin moden dan terdapat pelbagai teknik untuk korang buat sendiri kuih kegemaran ini. Yang penting adalah ada sedikit kerajinan.hehe
So hari ini kami kongsikan satu resepi bahulu mudah perkongsian Puan Azirah Mukhtar di laman facebooknya.
BAHAN-BAHAN BAHULU SANDWICH YANG DIPERLUKAN
Belek-belek dalam album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker. Senang tak payah nak keluar sabut bakar. Saya edit kat sini jelah ye. Saya guna blender je.
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan klu xnak manis)
3 biji telur
CARA-CARA
1. Blend telur dan gula sampai gebu skit. Baru masukkan tepung..
2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak kemudian masukkan adunan tadi..
Resepi boleh dapat lebih kurang 12 biji. Gebu!
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Facebook Azirah Mukhtar
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila didiagnos mengalami sesuatu penyakit oleh pakar perubatan bertauliah, secara automatik, di fikiran ibu bapa dan ahli keluarga lain mencadangkan agar pergi berubat dengan ustaz, pengamal perubatan dan lain lagi.
Banyak kisah-kisah begini menjadi viral di media sosial di mana pesakit dan ahli keluarga pesakit mengakui keadah perubatan “ustaz” begitu berkesan, hanya guna doa dan air.
Al-Quran memang diturunkan untuk dibaca, diamalkan dan difahamkan melalui konsep Tadabbur (memahami mesej dalam al-Quran) dan tazakkur (memahami makna serta merasai yang mana ada peringatan, petunjuk dan rahmat Allah). Malah memintalah kepada Allah, nescaya Allah akan perkenankan.
Masa yang sama, manusia dilahirkan dengan kepintaran dan kepandaian masing-masing dengan izinNya dan tidak hairanlah lahirnya doktor, engineer dan lain-lain pekerjaan untuk membantu orang lain.
Baca kisah ditulis oleh seorang doktor perubatan ini di fbnya, Dr Amirul Amzar tentang seorang gadis berusia 18 tahun yang didiagnos SLE sebelum penyakitnya itu menyerang organ dalamannya, buah pinggang. Semasa gadis ini dalam rawatannya, masalahnya dapat dikurangi namun keluarga gadis ini lebih percayakan”air ajaib” doa seorang ustaz sehingga satu ketika gadis ini gagal dan tidak menghadirkan diri ke hospital untuk rawatan susulan. Apa yang menyedihkan, doktor ini akhirnya mengetahui gadis ini sudah meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi.
Bacalah kisahnya untuk jadi pengajaran pada yang ada masalah kesihatan. Memang tak salah mencuba keadah lain tetapi jangan juga menidakkan saranan diberi doktor.
AIR AJAIB MENCUCI BUAH PINGGANG!!
Ada seorang gadis berusia 18 tahun datang ke klinik. Datang dengan bengkak pada kedua belah kaki dan ruam di muka dan badan. Selepas beberapa pemeriksaan dan penyiasatan, gadis ini disahkan mengalami Systemic Lupus Erythematosus (SLE), sejenis penyakit autoimmune. Lebih mendukacitakan lagi, penyakit ini telah memberi komplikasi kepada buah pinggang gadis tersebut.
Semasa datang kepada saya, fungsi buah pinggangnya (eGFR) telah turun kepada 40-50, Chronic Kidney Disease stage 3. Oleh itu, gadis muda ini telah dirujuk ke pakar buah pinggang dan pakar Rheumatology. Alhamdulillah, dengan rawatan di klinik-klinik pakar tersebut, penyakitnya stabil.
Beberapa bulan selepas itu, semasa janji temu beliau dengan saya, fungsi buah pinggangnya stabil dan tidak merosot, ruam dan bengkak kakinya juga hilang. Walaupun terpaksa mengambil berbagai ubat-ubatan seharian, beliau redha dan faham akan masalah kesihatannya. Secara umum, beliau gembira dengan keadaan pada waktu ini.
Namun….
Pada janji temu seterusnya, keadaan kesihatan beliau merosot. Seluruh badan bengkak, beliau tidak lagi boleh berjalan jauh tanpa lelah, malah tidak boleh baring tanpa menggunakan bantal. X-ray beliau menunjukkan dada di penuhi air. Laporan ujian darah beliau menunjukkan fungsi buah pinggang beliau merudum ke 10 sahaja!! Saya terkejut, gadis yang baru melangkah kaki ke kolej ini sudah perlu dialysis sepanjang hayatnya!!
“Kenapa jadi macam ni?” tanya saya.
Rupa-rupanya beliau telah dibawa ahli keluarga berjumpa dengan seorang ‘ustaz’. Diberitahu bahawa sakit beliau ini buatan orang. ‘Ustaz’ tersebut menyuruh beliau berhenti segala ubat-ubatan hospital dan minum air yang diberi. Kosnya tidak mahal, hanya belasan ringgit setiap kali berjumpa. Berbanding ubat-ubatan hospital yang lebih mahal, sudah tentu ia lebih menjimatkan.
Pada awalnya, simptom-simptom si gadis tampak elok walau tanpa ubat hospital. Gembira bukan kepalang apabila tidak lagi perlu menghabiskan wang dan waktu ke hospital. Rawatan alternatif yang amat berkesan. Namun, setelah beberapa lama mengambil air ajaib tersebut, simptom-simptom yang lebih teruk datang. Sudahlah memungkiri pula temu janji pakar buah pinggang dan Rheumatology. Alasannya, si ‘ustaz’ kata penyakit ini bukan penyakit badan, ia buatan orang!
Disebabkan fungsi buah pinggang yang tenat dan simptom lebihan air dalam badan, kes ini dirujuk segera ke pakar buah pinggang. Beliau perlukan dialysis. Namun, ahli keluarganya berkeras tidak mahu dialysis dan mahu mencuba alternatif lain. Cukup sekadar ubat-ubatan lamanya disambung. Masih tidak mahu menerima keburukan air ajaib yang diterima dari ‘ustaz’.
Si gadis hanya diam tak berkata. Ikutlah apa ibu dan ayah rasa terbaik buatnya. Setelah berkali-kali cuba diyakinkan oleh saya, malah juga oleh pakar buah pinggang, mereka tetap berkeras tidak mahu dialysis. Kami akur, doakan yang terbaik buat si gadis.
2 minggu kemudian, saya cuba cari data si gadis dalam sistem hospital. Sedih, remuk hati ini. Nama si gadis sudah berwarna merah. Menandakan beliau sudah pergi meninggal kan kita. Sebab terakhir beliau datang ke kecemasan; sepsis,fluid overload and uremia in end stage renal failure. Jangkitan teruk, lebihan air dalam badan, lebihan toksin akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
_______________________________________________
Penyakit kegagalan buah pinggang semakin meningkat di Malaysia. Ia memberikan beban bukan sahaja kepada pesakit malah kepada kerajaan. Bagi pesakit yang memerlukan dialysis, kosnya lebih kurang RM2500 sebulan. Sayangnya, kerosakan buah pinggang kebanyakannya tidak memberikan apa-apa tanda, selagi tidak belum betul-betul gagal. Sebab itu, ramai pesakit buah pinggang hadir mendapatkan rawatan bila sudah lewat.
Apa punca kegagalan buah pinggang? Berikut adalah antara punca kerosakan buah pinggang.
1) Kencing manis tidak terkawal. 58% pesakit baru yang memerlukan dialysis adalah disebabkan kencing manis. Ini diterukkan lagi dengan beban kencing manis yang semakin meningkat di Malaysia
2) Darah tinggi tidak terkawal
3) Penggunaan ubat-ubatan tahan sakit secara berterusan dan berpanjangan. Terutamanya NSAIDs seperti voltaren (sodium diclofenac), ponstan (mefenamic acid), synflex (naproxen) dan lain-lain.
4) Penyakit-penyakit autoimmune seperti SLE dan sebagainya. Seperti gadis malang dalam cerita di atas.
5) Sumbatan pada salur buah pinggang atau kencing sama ada disebabkan struktur tidak normal atau batu karang.
Kerosakan buah pinggang berlaku secara berperingkat. Jika penyebab kerosakan tidak dihentikan, kencing manis dan darah tinggi tidak dikawal, fungsi buah pinggang semakin merosot. Apabila fungsi (dikira sebagai eGFR) mencapai kurang dari 15, dialysis diperlukan. Ini kerana dalam keadaan ini buah pinggang tidak lagi mampu menjalankan fungsinya iaitu mengeluarkan toksin dan air berlebihan dari badan. Jika tidak dialysis, risiko menjadi seperti gadis dalam cerita di atas adalah tinggi.
Pencegahan adalah rawatan terbaik. Bagi mereka yang masih normal fungsi buah pinggangnya, jaga lah kesihatan dengan baik. Senaman, kurangkan garam dalam makanan, kawal pengambilan gula, berhenti merokok dan elakkan menggunakan ubat tahan sakit tanpa nasihat doktor.
Namun, bagi yang sudah mempunyai masalah buah pinggang, patuhilah temu janji anda dengan doktor. Bincang dengan doktor jika ubat-ubatan yang diberi memberikan masalah kepada anda. Jangan mungkir temujanji dengan menggunakan rawatan alternatif yang tak terbukti keberkesanannya. Jus-jus kesihatan, pil-pil herba, mesin-mesin ajaib, jangan bazirkan duit anda di situ. Begitu juga dengan suplemen kesihatan. Jangan mudah tertipu dengan penjual. Dapatkan nasihat pakar.
Nyawa itu anugerah, dan anugerah itu tidak harus diperjudikan.
Pasangan pelakon popular menerusi drama Descendant Of The Sun iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dilaporkan bakal bercerai setelah pihak media dapat menghidu masalah rumah tangga mereka sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, Song Joong Ki akhirnya mengiyakan segala spekulasi tersebut apabila dia memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Keluarga Seoul, semalam.
Menerusi kenyataan media yang dibuat menerusi wakil peguam, dia sempat memohon maaf kepada peminat dan berharap agar mereka dapat memberikan privasi kepadanya berkaitan isu ini.
Dia juga tidak menjelaskan dengan lebih lanjut sebab perceraian dan hanya meminta sokongan para peminat sahaja.
Song Hye Kyo Jelas, Perbezaan Personaliti Jadi Punca
Namun begitu, tidak lama selepas wakil Song Joong Ki mengeluarkan kenyataan, agensi Song Hye Kyo pula iaitu AAA memberikan kenyataan media mereka serta sebab perpisahan tersebut.
“Pertama sekali kami memohon maaf di atas berita buruk ini. Pelakon kami, Song Hye Kyo kini dalam proses penceraian dengan suaminya, Song Joong Ki setelah membuat pertimbangan dengan teliti.
“Sebab utama mereka berpisah adalah kerana perbezaan personaliti. Kedua-dua mereka tidak dapat mengatasi perbezaan tersebut seterusnya membawa kepada perpisahan ini.
“Kami memohon agar anda semua faham setakat ini sahaja yang boleh dikongsi memandangkan ia adalah privasi kedua-dua mereka.
“Kami juga memohon agar netizen tidak muncul dengan pelbagai spekulasi atau komen provokatif terhadap isu ini.
“Kami juga memohon maaf sekiranya menimbulkan kerisauan terhadap anda. Kami akan cuba mengatasi perkara ini pada masa akan datang,” kata kenyataan tersebut.
Dah Setuju, Bakal Cerai Dalam Masa Sebulan
Dalam pada itu, wakil peguam Song Joong Ki sekali lagi mengeluarkan kenyataan mereka mengatakan proses penceraian antara pelakon drama Arthdal Chronicles dan Encounter itu akan sah bercerai dalam masa kurang sebulan.
“Song Joong Ki dan Song Hye Kyo masing-masing bersetuju untuk berpisah dan tiada sebarang saman akan dilakukan.
“Beberapa rangka penceraian sudah dipersetujui, cuma ada sesetengah yang masih belum mendapat persetujuan masing-masing.
“Joong Ki juga sudah menyatakan tidak mahu saling salah-menyalahkan antara satu sama lain dan sudah bersetuju dengan penceraian ini,” kata kenyataan tersebut.
Dah Keluar Dari Rumah Kelamin
Khabar angin mengenai hubungan goyah pasangan Song-Song itu mula dihidu media beberapa bulan lalu.
Malah, media juga turut melaporkan bahawa kedua-dua pelakon itu sudah berpindah keluar dari rumah kelamin mereka sejak sebulan lalu.
Peminat Menangis!
Susulan itu, kelihatan ramai peminat yang turut sama menangisi khabar duka ini. Turut trending di Twitter adalah #SongSongCouple.
from this day forward, we knew that rewatching DOTS will never be the same again😩 what problems did the both of you come through to have it ended this way? nonetheless we respect. Song Hye Kyo and Song Jong Ki aka #SongSongCouple is now signing off. pic.twitter.com/fShGl3ZIML
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...