Pergolakan khususnya di Semenanjung Gaza yang berlarutan sepanjang minggu ini melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap masyarakat Palestin telahpun dikutuk keras oleh masyarakat dunia.

Dalam pada ada yang terbuai dengan ‘permainan simpati’ yang dicurahkan kepada Israel kononnya menjadi mangsa keganasan rakyat Palestin; sebahagia besar masyarakat dunia masih menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin yang sedang mempertahankan negara mereka daripada pencerobohan berterusan penduduk haram Yahudi di Semenanjung Gaza.

ARTIKEL BERKAITAN: Berketurunan Darah Diraja Palestin, Ayah Bella Hadid Berkongsi Kisah Keluarganya Diusir Dari Rumah Sendiri – REMAJA

Menariknya, bukan hanya negara majoriti penduduk Islam termasuk Malaysia yang mengutuk serangan balas Israel tersebut. Sebaliknya, warga Korea Selatan turut berpihak kepada rakyat Palestin dan berharap agar peperangan yang meragut ribuan nyawa orang ramai tidak bersalah termasuklah bayi itu dihentikan serta-merta.

Bertempat di Stesen Gwanghwamun, Seoul pada 11 Oktober, kumpulan pro-Palestin yang diketuai para aktiviti ‘Islam In Korea’ telahpun mengadakan protes jalanan secara aman.

Menjengah ke pautan video pendek di platform X (dahulunya Twitter), protes yang diteruskan sehingga ke bahagian tangga Pusat Kewangan Seoul itu berlangsung dengan terkawal dan para peserta dilihat membawa bersama sepanduk serta bendera Palestin bagi menyatakan sokongan mereka.

Ads

Antaranya berbunyi, “Hentikan Peperangan dan Kekejaman Israel Di Gaza” dan sorakan agar kegilaan rejim tersebut dipaksa henti.

Protes jalanan berkenaan telahpun menerima respon positif daripada warganet dari seluruh dunia yang turut sama melaungkan sentimen keamanan sama.

Ads

BACA LAGI: Sensitif Dengan Situasi Peperangan, Juara Miss Earth 2022 Dari Palestin Setia Bersama Negara Kelahiran – REMAJA

“(Perbuatan) menunjukkan solidariti adalah satu cara yang berkesan dan perlu dilakukan dalam usaha menuntuk keadilan. Amatlah menginspirasikan apabila melihat orang ramai berkumpul bagi tujuan sama dari seluruh ceruk dunia,” komen @franklyankish.

Sementara itu, @d00m77 membidas tindakan media Barat yang seakan-akan memposisikan Israel sebagai ‘mangsa’ peperangan ini berlaku. “Seluruh dunia berada bersama Palestin. Hanya media massa kolot dari Barat sahaja yang tidak melaporkannya.”

Ads

Tidak kurang juga, ada netizen yang terkejut dengan protes tersebut kerana selama ini berpandangan Korea Selatan adalah di antara negara pro-Amerika yang menyokong agenda Barat.

Dalam perkembangan lain, model antarabangsa Gigi Hadid yang mempunyai pertalian darah kacukan dari Palestin terus melaungkan sokongan terhadap rakyat negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Dikecam Kerana ‘Buka Mulut’ Isu Palestin, Gigi Hadid Tidak Kisah Lantang Bersuara – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI