PROTON Beri ‘Buah Tangan’ Saga Edisi Khas Sempena Rai 35 Tahun Anniversary

Share

Bagi yang membesar sekitar tahun 1985 pasti ingat lagi semasa pelancaran kereta nasional pertama iaitu Proton Saga.

Memang menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia semasa Proton Saga dilancarkan dan menjadi antara kereta rebutan ketika itu.

Proton Saga generasi pertama merupakan sebuah model yang dihasilkan dengan kerjasama Mitsubishi. Wah patut la kereta ni kuat dan dipanggil ‘kereta kebal’

Sempena 35 tahun pengeluarannya di Malaysia hari ini, Proton HSoldings Bhd (PROTON) telah melancarkan model Proton Saga Edisi Khas yang terhad kepada 1,100 unit sahaja.

Ditawarkan dengan harga bermula RM39,300 sama seperti Saga Premium At sedia ada selepas ditolak rebat cukai jualai, model edisi khas ini ditawarkan dengan warna hitam dan kuning eksklusif pada luaran dan dalaman kenderaan.

Turut dihadirkan dengan pakej aksesori termasuklah front skirting, side skirtings, door visors, hood insulator, trunk lid cover dan boot tray dengan harga RM2,035, pemilik model Saga 2019 boleh membeli aksesori berkenaan secara berasingan dengan harga jauh lebih jimat iaitu RM350.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, Saga Edisi Ulang Tahun merupakan hadiah istimewa pada hari yang istimewa untuk rakyat Malaysia.

Sejak diperkenalkan 35 tahun lalu, Proton Saga sudah terjual sebanyak 4,150,035 unit dan menjadi pemangkin perindustrian kepada ekonomi negara, memacu perkembangan keseluruhan ekosistem pembuatan automotif di Malaysia dan menjadi salah satu negara dunia yang mengeluarkan kereta sendiri.

Menjadi jenama yang menaikkan nama Malaysia dan mengembangkan ekonomi negara sehingga kini, Proton Saga Edisi Khas ini dikatakan akan didatangkan dengan penapis kabin N95 PROTON yang mana sebelum ini hanya terdapat pada Proton X70 dan bakal dihadirkan bermula hari ini pada model Saga, Persona , Iriz dan Exora.

Sehingga 9 Oktober ini, 15% diskaun diberikan buat harga penapis berkenaan dan pemilik sedia ada juga mempunyai pilihan untuk membeli Penapis Kabin N95 dengan harga cuma RM59. Wah menariknya…

Untuk info, Model pertama kereta ini tidak terhad di Malaysia sahaja, tetapi mula dijual juga di United Kingdom pada tahun 1989. Proton Saga merupakan kereta nasional yang paling lama bertahan di pasaran, iaitu selama 21 tahun (1986 – 2007).

Hebat ye, Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebabnya pada tahun 80an ketika itu hanya negara-negara besar je yang mampu untuk mewujudkan industri automotif nasional. Caya lah Tun.

Sumber: Berita Harian

Published by
Nana