
Baru malam ketiga kita menyambut kedatangan Ramadan, tapi korang sudah boleh membuat perancangan untuk Raya tahun ini.
Bagi yang ada bajet lebih sikit dan berkira-kira untuk menukar atau membeli kereta sempena Raya tahun ini, Proton ada berita baik untuk korang.
Bagi setiap model kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31 Mei ini, pelanggan akan menerima baucar servis yang sama nilainya dengan perbezaan harga kereta semasa dan harga kereta baharu selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Proton Holdings Bhd berkata, ia bagi memastikan pelanggan mereka mendapat manfaat daripada perubahan tersebut.
“Proton menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Walaupun GST berkadar sifar hanya akan berkuat kuasa bermula 1 Jun ini, kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan kami serta-merta sebagai penghargaan atas sokongan mereka,” jelas Proton semalam.
So, model kereta Proton mana yang paling onz?
Supermoon Pink Terbesar 2020 Hiasi Dada Langit Malam Tadi, Kenapa Pink?

Bagi peminat astronomi, pasti malam tadi sekitar jam 2.00 pagi korang dapat menyaksikan fenomena Supermoon Pink. Lebih mengujakan supermoon yang muncul malam tadi adalah yang paling besar dan paling terang untuk tahun 2020 ini.
Dapat dilihat di seluruh dunia, imej-imej cantik ini dipaparkan oleh peminat-peminat dunia astronomi dan subhanaallah, memang benar-benar cantik kejadiannya.

Sedikit perkongsian, supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.
Istilah supermoon pertama kali dikemukakan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi.
Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Berbanding supermoon yang lain, supermoon malam tadi dinamakan supermoon pink.

Adakah bulan berwarna pink?
Hanya pada namanya sahaja tetapi sebenarnya ia tidaklah berwarna pink. Nama itu diberikan berdasarkan bunga merah muda wild ground phlox, yang mekar pada permulaan musim bunga. Tanaman ini tumbuh di AS dan Kanada. Tanaman ini juga disebut sebagai bulan rumput yang sedang tumbuh, bulan telur dan bulan ikan di bahagian lain dunia mengikut kepercayaan masing-masing.
Jika negara-negara Amerika Utara dan Eropah, di samping Amerika Selatan dan Afrika, dapat melihatnya malam tadi, dikatakan bagi sebahagian Australia dan Asia akan dapat menyaksikannya malam ini. Waallahualam. Cubalah tengok, mana tahu rezeki korang.
“Human Calculator” Harumkan Nama Malaysia, Raih Naib Juara Asia’s Got Talent 3

Jika tahun lalu ramai yang seram sejuk menyaksikan persembahan silap mata dengan penampilan pelik peserta Indonesia, The Scared Riana yang menjuarai pertandingan Asia’s Got Talent 2, ternyata bagi tahun ke tiga, sekali peserta silap mata menjadi pilihan undian rakyat Asia dengan menjuarai Asia’s Got Talent 3 yang diumumkan lewat malam semalam.
BACA SINI : Memang seram! Misteri Patung Riani Yang Sering Dibawa The Scared Rania Terbongkar
Peserta Taiwan, Eric Chien menjuarai pertandingan pencarian bakat seluruh Asia ini selepas mendapat undian paling tinggi.

Namun apa yang membangakan, pelajar berusia 15 tahun dari SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Yaashwin Sarawanan atau popular sebagai Human Calculator mencipta rekod mencipta rekod membanggakan buat Malaysia apabila meraih tempat kedua program Asia’s Got Talent musim ketiga (AGT3).
Congratulation Young Boy, we proud of you!

Yaashwin, 15, mengakui sangat tidak menyangka berada dalam Top 2 hasil undian rakyat Asia .
“Sejak masuk uji bakat lagi, saya tidak pasti sejauh mana penonton boleh menerima bakat dalam matematik. Ramai juga mempersoalkan kenapa saya perlu masuk AGT3. Saya tahu bukan semua sukakan kira-kira dan nombor. Disebabkan itulah saya ingin membuktikan bahawa sesetengah orang silap.
“Terbukti, ramai yang mengundi dan menyokong sampai saya ke tahap sekarang. Keputusan saya mengambil risiko besar ini sangat berbaloi dengan pencapaian dalam AGT3,” katanya.
Pada acara pengumuman keputusan itu, Yaashwin dan Eric menjadi dua peserta terakhir yang mendapat undian tertinggi daripada sembilan finalis bertanding di pentas akhir.
Wakil negara itu memberi persembahan terakhir yang cukup menghiburkan apabila menjemput kesemua juri iaitu David Foster, Anggun, Jay Park serta dua hosnya Allan dan Justin menyertainya di pentas.


Berkongsi mengenai perancangan akan datang, Yaashwin berazam mahu menyertai rancangan lebih besar iaitu Britain’s Got Talent demi meneruskan impiannya menjadi Manusia Kalkulator terkenal seluruh dunia.
“Selepas ini, saya memang mahu cuba pertandingan lebih besar. Saya tahu bakat sebegini akan dihargai di barat dan warga Asia sentiasa mendapat perhatian dalam bidang matematik.
“Bagaimanapun, saya juga akan terus mencari idea terbaik untuk menambah baik persembahan pada masa depan. Saya benar-benar mahu membuktikan bahawa bidang kira-kira juga perlu harus diiktiraf sebagai bakat,” katanya.

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia iaitu NAMA gagal mara ke peringkat seterusnya iaitu Top 6 apabila diumumkan tersingkir pada awal rancangan.
Selain Yaashwin, NAMA dan Eric, turut bertanding di pentas akhir pada minggu lalu adalah Power Duo dari Filipina, Maniac Family (Taiwan), Junior Good Vibes (Filipina), Siti Saniyah (Indonesia), Shadow Ace (Filipina) dan Yang Shih Hao (Taiwan).
Juara ditentukan 100 peratus menerusi undian penonton di laman web www.AXN-Asia.com/AGTVote selama seminggu. Undian mula dibuka Khamis minggu lalu hingga jam 11.59 malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Eric membawa pulang wang tunai berjumlah RM408,000 serta penerbangan percuma selama setahun tajaan syarikat penerbangan VietJet.
Sumber : HARIAN METRO
Sebak! Mangsa Tragedi Tular 2007, Nurin Jazlin Akan Berusia 24 Tahun Jika Masih Hidup – Ayah

16 tahun mungkin kedengaran seperti satu tempoh masa yang cukup lama untuk kebanyakan daripada kita.
Namun buat Jazimin Abdul Jalil, tempoh 16 tahun yang lalu seakan baru sahaja berlaku semalam dek perasaan rindu yang masih dirasai olehnya terhadap anak tersayang, Nurin Jazlin.
Kisah tragis melibatkan pemergian Nurin berbekas di hati rakyat Malaysia apabila arwah yang pada waktu itu hanya berusia 8 tahun telahpun ditemui meninggal dunia selepas diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin dilaporkan hilang setelah dia dipercayai telah diculik ketika meninggalkan rumahnya yang terletak di Wangsa Maju menuju ke arah sebuah kawasan pasar malam.
Apabila Nurin tidak memunculkan diri, adik-beradik serta ibu bapanya terus melaporkan kehilangannya itu ke pihak berkuasa. Hanya pada 17 September 2007, mayat Nurin ditemukan dalam sebuah beg pakaian sukan di Petaling Jaya. Laporan bedah siasat mendapati kanak-kanak berusia 8 tahun itu telah dirogol lalu dibunuh.
Lebih menyayat hati apabila perogol dan pembunuh Nurin sehingga ke hari ini masih belum dapat dikenal pasti dan ditangkap.
ARTIKEL BERKAITAN: “Rogol Perkataan Sensitif Bagi Perempuan DAN Lelaki..” – Miss Universe Malaysia – REMAJA
Memasuki ulang tahun pemergian Nurin pada 17 September ini, memori Jazimin terhadap anak perempuannya itu masih jelas di minda beliau dan perasaan rindunya itu disampaikan menerusi akaun media Facebook miliknya, Isnin lalu.
“Happy birthday Kak Ngah ke-24 tahun. Rindu Kak Ngah 11 September 1999 hingga 17 September 2007.”
Catitan ringkas berserta sekeping foto Nurin yang digunakan secara meluas sewaktu kesnya mengisi ruang akhbar 16 tahun lalu itu sedikit sebanyak membuatkan warganet sebak lalu menzahirnya ucapan takziah masing-masing sambil memperingati kesan tragedi tersebut kepada ahli keluarga mangsa.
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati warganet turut saling mengingatkan betapa tragedi seperti ini harus disemat di hati rakyat. Biarpun ia menyedihkan, banyak pengajaran berguna yang boleh diambil agar ia tidak berulang semula pada masa akan datang.
Sebagai info, tragedi arwah Nurin Jazlin ini juga merupakan punca selebriti versatil, Allahyarhamah Adibah Noor melancarkan lagu berjudul Terlalu Istimewa untuk didedikasikan kepada arwah. Lagu tersebut kemudiannya diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-21.
BACA LAGI: Perginya Pengibur Versatil, Adibah Noor Buat Selama-Lamanya – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
p