Persis edisi terhad Proton Persona yang pernah dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd (PROTON) tidak lama dahulu, jenama kereta nasional itu kini sekali lagi tampil dengan model istimewa berwarna hitam-kuning.
Cumanya pada kali ini, ia adalah bagi model Proton X50 pula bersempena acara tahunan Malaysia Autoshow 2023.
Menariknya, model yang dinamakan sebagai PROTON X50 R3 Edisi Ulang Tahun ke-20 didatangkan dalam kemasan hampir matte sepenuhnya pada bahagian badan, bumbung hitam berkilat dan mempunyai kit aerodinamik.
‘Percikan’ warna kuning pula didapati ada pada spoiler hadapan dan skirt sisi, jalur bumper belakang, pada gril hadapan dan pada jalur penutup cermin sisi serta pelekat bonet hadapan.
Bentuk model PROTON X50 R3 ini juga jelas lebih rendah berbanding model PROTON X50 biasa bagi menjadikannya lebih sporty.
Difahamkan, model ‘handsome’ ini hanya boleh ditempah sepanjang acara Malaysia Autoshow 2023 ini berlangsung di booth pameran PROTON dan ia hanya terhad untuk 200 tempahan unit terawal sahaja. Memang eksklusif!
Ketika kunjungan pada hari pengenalan acara kepada media tempoh hari, REMAJA mendapati model yang dipamerkan ini hanyalah sekadar ‘kereta konsep’.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan Pandu Uji Proton X90 Di Jalan Raya Buatkan Bakal Pembeli Teruja – REMAJA
Spesifikasi akhir bagi PROTON X50 R3 ini termasuklah harga jualannya belum lagi dimuktamadkan. Disebabkan itulah, bahagian dalamnya belum lagi didedahkan kepada orang ramai.
Begitupun, PROTON masih memaparkan spesifikasi model berkenaan untuk rujukan bakal pembeli. Jom lihat sama ada ia berbaloi untuk korang miliki.
Terdahulu, PROTON pernah menawarkan model R3 lain termasuklah untuk model PROTON Saga R3 dan Iris R3.
Amacam? Menarik tak untuk dibeli?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.