“Proud Of You,” Dr Amalina Bakri Jadi Kebanggaan Malaysia. Sertai Pasukan Vaksin Di UK

Share

Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.

Jika sebelum ini namanya disebut atas sikap prihatinnya membantu adik Ainul Mardhiah dalam pembedahan membuang tumor, kali ini pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Imperial College London, Dr Nur Amalina Che Bakri menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana adalah antara doktor yang terbabit dalam kajian keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap manusia sihat di United Kingdom (UK).

Doktor muda berusia 33 tahun itu mengumumkan penglibatannya untuk merekrut sukarelawan dalam ujian percubaan vaksin COVID-19 yang pertama di UK, di twitter rasminya.

Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan itu sedang melakukan percubaan vaksin itu di National Institute for Health Research (NIHR) Imperial Clinical Research Facility Imperial College yang diketuai oleh Dr Katrina Pollock. Beliau juga terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada untuk beberapa minggu akan datang.

Selain itu juga, The Health Secretary UK, Mr Matt Hancock memberitahu kerajaan UK telah memperuntukkan sebanyak 22.5 juta pound untuk menyokong fasa 2 ujian klinikal Imperial Project dan akses kepada beribu sampel dan juga permulaan untuk mereka melakukan percubaan fasa yang lebih besar.

Pusat pengajian terkenal dunia, Universiti Oxford juga menerima dana sebanyak 20 juta pound untuk mereka menjalankan juga ujian vaksin mereka.

Dr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana idola Malaysia ini jelas sekali bukan saja bijak, malah gaya fesyennya juga membuatkan ramai anak muda terpesona.

Sumber : Twitter Dr Amalina Che Bakri

Published by
Nana