PSY, Choi Siwon & G-Dragon Antara Selebriti Kpop Yang Paling Mahal!

Share

Industri Kpop kini semakin meningkat sejak grup-grup seperti BTS, Blackpink, Big Bang, Super Junior dan lain-lain berjaya menembusi pasaran luar negara.

Kalau sebelum ini, mereka hanya dikenali di Asia, namun populariti mereka kini semakin berkembang ke seluruh dunia. Malah, kita dapat lihat semakin banyak wajah-wajah Kpop ini menghiasi program bual bicara di luar negara.

Mungkin ramai yang ingat bahawa grup-grup seperti BTS dan Blackpink akan menduduki carta teratas selebriti Kpop yang mendapat bayaran mahal namun ternyata sangkaan itu meleset.

Oleh itu, jom kita tengok siapa agaknya yang menduduki carta top 10 artis Kpop yang paling mahal.

PSY (RM180 juta)

Penyanyi yang popular dengan lagu Gangnam Style ini kekal di tangga teratas selebriti paling mahal di Korea Selatan. Difahamkan kekayaannya itu puncanya daripada muzik videonya seperti Gangnam Style, Gentleman dan lain-lain yang masih lagi ditonton ramai hingga hari ini.

Choi Siwon (RM144Juta)

Kebanyakan income ahli Super Junior datang dari lakonan, model dan juga komersil yang sering dibintanginya. Selain itu, grupnya juga merupakan salah satu kumpulan yang paling popular di Korea Selatan.

G-Dragon (RM86 Juta)

Ketua grup Big Bang itu mendapat kekayaannya menerusi lagu-lagu yang ditulis serta daripada aktiviti grup itu sendiri. Big Bang sememangnya layak digelar King oleh peminat Kpop.

Rain (RM82 Juta)

Suami kepada Kim Tae Hee ini merupakan artis Kpop pertama yang berjaya berlakon di layar perak. Antara filem lakonanya adalah Speed Racer dan Ninja Assasin.

Jessica & Krystal Jung (RM74 Juta)

Adik-beradik Jung ini sememangnya sangat popular di Korea Selatan. Apa taknya, Sicca merupakan bekas ahli grup Girls Generation dan juga mempunyai rangkaian jenama bajunya sendiri iaitu Blanc & Eclare. Manakala, Krystal juga aktif berlakon seperti drama The Heir, My Lovely Girl di samping aktivitinya sebagai ahli grup f(X).

Sandara Park (RM66 Juta)

Dara mendapat populariti menerusi penglibatannya dalam grup 2NE1. Selain itu, dia juga sangat aktif sebagai pelakon, hos dan juga komersil.

IU (RM66 Juta)

Penyanyi dan pelakon, IU atau nama sebenarnya Lee Ji Eun aktif dalam bidang nyanyian dan juga lakonan. Dia juga merupakan salah seorang top selebriti di Korea Selatan.

BoA (RM62 Juta)

Generasi kedua Kpop artis yang debut seawal umur 16 tahun ini sememangnya mempunyai pengaruh yang besar dalam industri Kpop.

BoA juga turut mendapat income menerusi saham yang dibelinya di dalam SM Entertainment.

Yoona (RM66 Juta)

Yoona merupakan salah seorang pelakon top di Korea namun kebanyakkan pendapatannya diperolehi menerusi hasil lakonannya di China.

Selain itu, dia juga merupakan salah seorang ahli grup Girl’s Generation.

Seungri (RM41 Juta)

Sebenarnya, Seungri merupakan salah seorang artis Korea yang top juga apatah lagi dia ada membuat comeback serta pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan yang dijalankannya (yang sah). Namun kini dia telah pun bersara dari industri muzik.

 

 

 

Published by
Khaleeda