PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun 2022- Menteri Kanan Pendidikan

Share

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bermula tahun ini. Hal ini telah disahkan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam sebuah sidang media khas sebentar tadi.

“Apakah akan ada PT3 untuk tahun 2022? Jawapannya pada 2022 PT3 dimansuhkan. Jadi, mulai tahun ini tidak ada PT3… ia dimansuhkan,” jelas beliau.

Foto: BERNAMA

Kementerian akan menambah baik dengan melaksanakan Pentaksiran Sumatif melalui ujian akhir tahun bagi memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“Dalam konteks ini bagi memperkasa Pentaksiran Sumatif, kita akan memantapkan ujian akhir sesi akademik di sekolah rendah untuk lima mata pelajaran (darjah 4 hingga 6), manakala di sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 3) melibatkan semua mata pelajaran,”

“Soalan ini akan disediakan melalui satu bank soalan. Pihak kementeian akan menyediakan soalan mengikut tahap tertentu dan dijana oleh guru di sekolah. Set soalan ujian akhir tahun ini oleh guru sekolah di mana pelaksanaannya lebih fleksibel,” tambahnya lagi.

Foto: Utusan Online

KPM hanya akan membuat soalan membabitkan lima subjek iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, manakala soalan bagi subjek lain akan disediakan oleh guru-guru di sekolah.

Bagaimana pula dengan pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan pemansuhan ini?

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman