Seringkali, soal sama ada seorang pelajar itu menyimpan cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta akan berkait rapat dengan situasi kewangannya.
Mungkin sekali kelayakan akademik sudah mencukupi dan minat mendalam untuk meneruskan pengajian juga sudah disemat dalam jiwa. Namun, faktor kewangan kadangkala akan merencatkan impian.
Untungnya di Malaysia, kita mempunyai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN yang memastikan agar tiada pelajar yang tercicir daripada meneruskan pendidikan di IPT disebabkan tidak mampu menampung yuran pengajian dan kos sara hidup sebagai seorang pelajar.
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), PTPTN telah memberikan manfaat kepada lebih 3.59 juta peminjam dengan pengeluaran bernilai RM65.18 bilion sejak tahun 1997 hinggalah Oktober 2021. Biarpun ramai yang telah memperolehi manfaat, namun PTPTN masih sinonim dengan stereotaip sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang selepas pelajar menamatkan pengajian.
Pandangan tersebut ingin diubah oleh PTPTN. Asasnya, PTPTN merupakan Tabung Pendidikan untuk pelajar di Malaysia melalui pembudayaan penabungan dalam Simpan SSPN. Sebagai contoh, kamu pasti faham konsep yang dilaksanakan Lembaga Tabung Haji dan KWSP, bukan? Tabung Haji merupakan tempat menyimpan untuk persediaan mengerjakan haji manakala KWSP pula ialah tempat menyimpan untuk persediaan apabila telah bersara.
Begitu jugalah dengan PTPTN. Ia adalah institusi Tabung Pendidikan sebagai tempat memulakan penyimpanan pembiayaan pendidikan tinggi anak-anak sejak mereka kecil.
PTPTN juga sebenarnya memahami bahawa tidak semua pelajar di Malaysia mampu untuk membuat bayaran balik dengan mudah. Langkah PERTAMA yang perlu kamu ambil adalah untuk TIDAK lari daripada komitmen pembayaran semula. Sebaliknya, berundinglah dengan PTPTN untuk membuat penstrukturan semula pinjaman agar bayaran bulanan dapat dibayar mengikut kemampuan.
Selain itu, sekiranya seorang graduan mempunyai pertanyaan dan urusan berkaitan bayaran balik pinjaman, menerusi inisiatif #PTPTNSediaBantu; perbadanan itu akan memberikan perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan terbaik untuk membantu.
Insentif Diskaun Menerusi Belanjawan 2022
Baru-baru ini, rakyat telah menyambut baik pembentangan belanjawan 2022 di mana insentif diskaun melibatkan bayaran balik pinjaman PTPTN telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ads
Untuk pengetahuan, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN mula diberikan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022 melibatkan 3 kategori. Ini termasuklah :
i) Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
ii) Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
CARA
Peminjam perlulah mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Setelah mendapat pengesahkan baki hutang, barulah kamu boleh melihat sama ada kamu ingin merebut diskaun 15% atau 12% itu bagi pilihan penyelesaian hutang penuh atau sekurang-kurangnya 50 peratus tersebut.
Berikut merupakan contoh pengiraan diskaun 12 peratus berasaskan kepada jumlah bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran:
Perkara
Jumlah (RM)
Baki hutang keseluruhan
10,000
Bayaran 55% pada 24 November 2021
(5,500)
Diskaun 12% (12% x RM5,500) pada 30 November 2021
(660)
Baki hutang keseluruhan pada 1 Disember 2021 (sebelum kemaskini Ujrah)
RM3,840
Ads
*
iii) Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) mengikut jadual.
Berikut merupakan contoh pengiraan diskaun 10 peratus. Ingat, diskaun yang diberikan ini tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi ia mengurangkan keseluruhan baki hutang pinjaman.
Ads
Perkara
Jumlah (RM)
Baki hutang keseluruhan pada 1 November 2021
10,000
Bayaran balik melalui direct debit pada 10 November 2021
(500)
Bayaran balik melalui potongan gaji pada 25 November 2021
(500)
Diskaun 10% (10% x RM1000) pada 30 November 2021
(100)
Baki hutang keseluruhan pada 1 Disember 2021 (sebelum kemaskini ujrah)
RM8,900
Kesemua insentif diskaun akan dikemaskini dalam akaun peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai 7 haribulan pada bulan berikutnya.
*
BUKAN ITU SAJA keistimewaan yang diberikan oleh PTPTN. Peminjam juga boleh menikmati insentif diskaun 15% dan 12% seperti di atas dengan pembayaran hutang menerusi saluran bayaran seperti KWSP dan bank.
Selain itu, peminjam yang hanya mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman atau WPP juga layak mendapatkan diskaun 12% sekiranya mereka membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang WPP dalam bulan yang sama. Manakala, kamu layak mendapatkan diskaun 15% jika menyelesaikan keseluruhan hutang WPP itu dalam bulan yang sama.
*
Peminjam sewajar merebut diskaun yang ditawarkan dalam tempoh tersebut agar korang tidak perlulah membayar jumlah penuh. Bila lagi hendak dapatkan peluang seperti ini?
Oleh itu, tunaikanlah tanggungjawab masing-masing demi memastikan dana pendidikan untuk generasi seterusnya masih dapat diberikan.
*
Untuk sebarang pertanyaan, kamu boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
Careline PTPTN di 03-2193 3000 (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Saban tahun, pertandingan Anugerah Pereka Muda Asia atau Asia’s Young Designer Award (AYDA) pasti menjanjikan penyertaan yang menarik daripada pelajar-pelajar jurusan seni bina bentuk dan reka bentuk dalaman daripadas serata benua Asia.
Memasuki tahun penganjuran ke 14, AYDA 2021 juga tidak terkecuali apabila peringkat penyertaan telahpun dibuka kepada korang.
Dengan tema Forward: Amplifying Empathy Through Design, AYDA 2021 yang dianjurkan oleh Nippon Paint ingin ‘mencabar’ pelajar mendekati solusi inovatif dalam memenuhi permintaan pengguna dalam rekaan mereka serta mengambil kira faktro kritikal seperti penjagaan alam sekitar.
Mengapa empati dijadikan sebagai tema utama agaknya?
Ia adalah untuk mengingatkan bakal arkitek dan pereka dalaman muda ini untuk tidak sekadar memuaskan keinginan estetika pada sesebuah rekaan bangunan dan dalamannya, tetapi juga mencetuskan idea yang berpotensi memberikan impak kepada masa hadapan masyarakat yang akan menggunakan ruang tersebut.
Di antara para tetamu yang bercakap dengan Ketua Hakim Ar. Sarly Adre Sarkum untuk kategori Senibina (Bawah Kiri) dan IDr. Ooi Boon Seong untuk kategori Reka Bentuk Dalaman (Atas Tengah) semasa upacara pelancaran AYDA 2021. Ia termasuklah (dari atas kiri) : Mr Blaine Robert dari Blaine Robert Sdn Bhd, Ar. Alif Arif Iskandar Abd Wahab dari VERITAS Design Group, Cik Cristine dan Encik Yaw Seng Heng.
Menariknya pada tahun ini, Nippon Paint masih akan ditemani oleh rakan penaja dan penganjur sama iaitu IJM Land Berhad yang telahpun menjadi sebahagian daripada komuniti AYDA sejak 8 tahun lalu.
Sebagai syarikat pemaju terkenal di Malaysia, IJM Land juga menghargai dan mendambakan idea-idea baharu yang berkesan bagi masa hadapan hartanah. Tahun demi tahun, mereka akan mengagumi ciptaan dan reka bentuk pelajar berbakat seperti korang.
So guys, jangan ketinggalan untuk tunjukkan kecemerlangan rekaan dan harumkan bersama nama institusi korang dengan menyertai AYDA 2021 yang kini dibuka.
Tarikh akhir penghantaran adalah pada 15 Oktober 2021 ini. Untuk maklumat lanjut, layari LAMAN WEB mereka ataupun terus ke FACEBOOK Ayda Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mencari restoran bercitarasakan Melayu yang enak bukanlah mudah, kadangkala indah khabar dari rupa, nampak sedap tetapi apabila dilidah rasanya mengecewakan.
Namun berlainan dengan restoran yang satu ini, anda pasti tidak akan kecewa dengan menu yang ditawarkan. Ditambah pula dengan persekitaran yang cukup menenangkan pasti membuat anda terbuai saat menjamu selera.
Hayyan Huda Opah’s Kitchen yang terletak di Kampung Bukit Temiang, Seremban, Negeri Sembilan ini terletak di dalam kawasan perumahan kampung. Jadi jika anda pertama kali ke sini pastikan ikut saranan arah yang diberikan google maps atau waze dengan betul.
Pertama kali berkunjung ke restoran ini, ruangan makan hanya ada satu sahaja, kesemua meja makan berada dibawah satu bumbung yang sama. Kunjungan kedua penulis pada penghujung Disember lalu, nampaknya restoran sudah dibesarkan dengan sebuah lagi ruangan makan telah dibangunkan bagi menampung jumlah pelanggan yang ramai.
Pada hujung minggu apabila terlalu ramai pelanggan, anda perlu beratur dan menunggu giliran. Uniknya anda perlu mendaftar nama kepada seorang staf di hadapan pintu masuk restoran. Apabila tiba giliran, anda akan dipanggil dan akan diberikan menu berserta borang pesanan. Kemudian barulah anda boleh duduk di meja yang disediakan.
Jadi jangan curi-curi masuk! No menu no order hehehe (Pengalaman penulis melihat orang yang masuk tanpa mendaftar nama terlebih dahulu). Suka dengan sistem begini kerana tiada yang akan memotong giliran.
Menjadi tumpuan ramai untuk merasa masakan citarasa Negeri Sembilan, antara menu yang menjadi tumpuan semestinya seleksi masak lemak cili api yang menyelerakan. Pilihan peribadi penulis semestinya masak lemak cili api ikan Sembilang dan juga masak lemak cili api daging salai. Memang sedap!
Selain dua menu ini antara menu lain yang disediakan seperti ikan Siakap Goreng Cili Padi, Ayam Goreng, Sambal Sotong, Sambal Udang Petai, Terung Balado dan banyak lagi. Apa yang pasti tekak anda pasti akan dipuaskan dengan citarasa asli masakan nogori yang enak.
Selain menu utama, seleksi kek dan juga manisan yang ditawarkan sangat menarik. Penulis sempat mencuba menu Churros yang didatangkan bersama aiskrim perisa Vanila. Disediakan segar dan masih panas ketika dihidangkan di meja digabungkan dengan aiskrim yang sejuk, memang menggamit rasa.
Berlatarkan pemandangan yang indah. Surau untuk lelaki dan wanita turut disediakan.
Jadi ke mana kembara anda hujung minggu ini? Apa kata meluncur laju ke Seremban dan cuba masakan di Hayyan Huda’s Opan Kitchen ini, mesti tak menyesal. Kalau ditanya tentang harga, bagi penulis ia cukup sesuai dengan kualiti masakan dan juga servis yang diberikan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kita semua sedia maklum bahawa baju raya digambarkan dengan rekaan yang sopan dan manis, tetapi sejak beberapa tahun ini, macam-macam desain yang ada sampaikan kami juga naik pening melihatnya.
Rekaan yang dilihat semakin hari semakin pelik . Ada ke yang nak pakai?
Bagaimanapun, satu gaya baju raya dari Indonesia yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini telah mencuri perhatian ramai. Biarpun baju ini nampak berbeza dari kebiasaannya yang dipakai pada pagi raya, namun rekaanya itu berjaya menambat hati ramai.
Berikut adalah perkongsian rakaman cara memakai baju raya dari Indonesia yang dimuat naik di Twitter ini:
Believe it or not, this baju raya way better than our local baju melayu mengarut design2 tu. n aku nak beli satu. Sekian pic.twitter.com/9YZJ4nTDl3
Malah, baju dengan rekaan unik ini memang laku keras, dan ternyata sudah sold out. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
Macam-macam gaya pelik bila tiba hari raya ni. Tapi harapnya korang tak ada la yang pelik-pelik ok? Takut terkejut pula orang tengok korang OOTD nanti. Yelah kan tak boleh beraya rumah ke rumah. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...