Setiap manusia pastinya inginkan rezeki yang sentiasa dipermudahkan dan melimpah ruah. Bukan saja dari segi kewangan, malah kita juga mahu dikurniakan kesihatan yang baik, kawan-kawan yang setia serta pasangan yang boleh hidup susah senang bersama.
Rezeki Allah begitu luas dan selain daripada berdoa memohon dimurahkan rezeki, ada beberapa amalan yang korang boleh buat untuk menjemput rezeki.
Berikut merupakan 5 rahsia murah rezeki mengikut perkongsian yang telah dibuat oleh PU Amin di laman twitternya.
1. Sediakan makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah
Mungkin amalan ini memang diterapkan oleh si pencinta kucing dan dalam tidak sedar, sebenarnya cara ini juga boleh menjemput rezeki
2. Asingkan sedikit duit gaji untuk anak yatim dan orang miskin
Kalau tak dapat banyak, asingkan sedikit pun jadilah. Lama-kelamaan korang akan rasa satu perasaan yang tenang dan happy bila dapat bantu orang yang lebih susah
3. Ready kan duit kecil dalam poket untuk sedekah
Contohnya, kalau korang pergi pasar malam, ada ramai individu yang kurang upaya menjual tisu atau pun menyanyi demi mendapat pendapatan buat mereka. Jadi, hulurkan la sedikit wang buat mereka. Dapat beri RM1 pun mereka dah berterima kasih pada kita
4. Bagi duit dekat mak ayah
Ini paling utama. Walaupun mak ayah korang pun masih bekerja, berikanlah mereka duit juga untuk ambil berkat doa orang tua. Tanpa doa mereka pun korang tidak akan berjaya hingga hari ini
5. Beli mineral satu kotak letak dekat masjid pada hari Jumaat
Paling mudah, sedekahkan air mineral kepada Jemaah solat Jumaat di masjid yang berhampiran
Sama-samalah kita berusaha mengamalkannya. Selebihnya, tawakallah kepada Allah kerana hanya Dia pemberi rezeki seluas-luasnya. Asalkan kita mahu berusaha dan berbuat baik sesama manusia, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita nanti.
Wallahualam..