PU Azman Kongsi Sebab Kenapa Eyelash Extension & Bulu Mata Palsu Haram Dipakai

Share

Untuk nampak cantik dan sempurna, terutamanya golongan wanita sanggup melakukan apa sahaja. Trend ‘eyelash extensions’ iaitu sambungan bulu mata palsu telah mendapat perhatian ramai tak kiralah dari selebriti hingga ke orang awam bukan la satu benda yang baru.

Baru-baru ini, PU Azman penceramah bebas dan pelakon, berkongsi mengenai hukum pemakaian bulu mata palsu yang mungkin membuatkan ramai keliru.

Haram Kerana Ada Unsur Penipuan 

Jelasnya, pemakaian bulu mata palsu adalah diharamkan kerana ia mempunyai unsur penipuan.

“Eyelash extension dan bulu mata palsu dilihat haram kerana ada unsur melampau.Ada unsur penipuan.

“Si pemakai nak orang lain tahu tu bulu mata dia, padahal bukan. Kalau si pemakai tak niat macam tu pun tetap haram kerana orang lain ingat itu bulu mata asli dia, maka ada unsur penipuan.

Ada Gam Yang Menghalang Air Wuduk & Mandi Wajib

“Haram kerana ada gam di atas kulit maka menghalang air wuduk dan mandi wajib. Kalau takda gam pun ia tetap haram kerana unsur penipuan.

Memudaratkan Kesihatan

“Haram kalau memudaratkan kesihatan bagi kes-kes tertentu. Kalau tak mudaratkan kesihatan pun ia boleh jadi haram kerana ada unsur penipuan.

Mengubah Ciptaan Allah

“Haram kerana mengubah ciptaan Allah. Haram kerana ada tujuan untuk bercantik-cantik sedangkan dia memang dah ada bulu mata asli ciptaan Allah.

Harus Jika……

“TETAPI, ia boleh menjadi harus kalau untuk menutup aib iaitu bagi orang yang tiada bulu mata dan tujuan untuk kelihatan cantik depan suami dan tidak menghalang air, tidak najis dan tak rosakkan kesihatan.

Sempat membuat lawak dan berseloroh diakhir baris ayatnya  :

“Eyelash extension tiada kena mengena dengan plug extension,” jelasnya panjang lebar.

So, masih ingin meneruskan eyelash extension? Tepuk dada tanya selera. Keputusan terletak dalam tangan korang.

Sumber : Instagram PU Azman

Published by
Nana