Sejak pengumaman perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula dari warga negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehinggalah ia sekarang diperluaskan ke tujuh lagi buah negeri, pihak kerajaan menerusi Menteri Kanan Keselamatannya sering mengingatkan warga kota untuk tidak sesekali pulang ke kampung halaman.
Larangan tersebut sebenarnya telah mula diberikan sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lagi. Ia demi mengelakkan merebaknya wabak Covid-19 ke negeri-negeri lain terutamanya kepada warga emas di kawasan luar bandar (kampung halaman).
Namun, tidak semua orang betul-betul ‘menghadam’ arahan itu. Mereka tidak memahami atau enggan menerima relevan di sebalik arahan itu.
Justeru, setelah pengumuman PKPB dilaksanakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri semalam, laporan hari ini mendapati kebanyakan kaunter tiket bas telahpun diserbu oleh warga kota yang ingin ‘lari’ daripada kemelut PKPB.
Kebanyakan tiket bas yang menuju ke Kelantan telahpun terjual ibarat pisang panas pada hari ini memandangkan Kelantan merupakan salah satu negeri yang terkecuali daripada arahan PKPB selain Pahang dan Perlis.
Permintaan drastik ini hadir sehari sebelum PKPB secara menyeluruh di 7 lagi buah negeri dilaksanakan bermula hari esok. Menurut laporan rakan media di Malaysia Kini, di antara destinasi popular yang ingin pulang ke Kelantan adalah dari Perak, Johor dan Pulau Pinang.
Bagi warga Lembah Klang pula, mereka tidak lagi dibenarkan untuk menerntas negeri tanpa surat perlepasan penguatkuasa.