Penyanyi Aepul Roza meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk beraksi dalam The Hardest Singing Show (THSS) walaupun berada di kedudukan dua paling bawah pada minggu ketujuh dengan markah 82.72%.

Katanya, komen positif para juri pada Ahad lalu tidak semestinya akan menempatkan dirinya di kedudukan terbaik dan dia menganggap peluang yang diberikan kali ini sebagai satu rezeki.

Puas Hati Dengan Reaksi Penonton! Aepul Roza Bersyukur Dapat Beraksi Di THSS Walaupun Hampir Tersingkir

“Begitulah kita dalam kehidupan, adakala kita di atas, adakala kita dibawah tapi yang penting jangan mengalah dan input yang juri bagi tadi pun cukup menggembirakan hati saya termasuk reaksi penonton sebab itu tujuan saya perform”

“Untuk menyediakan persembahan yang dirasai oleh mereka yang melihat dan mendengar, jadi saya dah capai objektif itu. Saya percaya keputusan atas ke bawah ke, itu bergantung kepada rezeki dan saya yakin ada yang cakap kenapa ada komen positif tapi masih di kedudukan dua terbawah”

Puas Hati Dengan Reaksi Penonton! Aepul Roza Bersyukur Dapat Beraksi Di THSS Walaupun Hampir Tersingkir

“Mungkin sebabnya adalah peserta lain lebih hebat dan ini bukan rezeki saya minggu ini, alhamdulilah saya dah buat yang terbaik. Tapi peserta yang lain lebih baik!”

Aepul menjelaskan dia akan mencuba dengan lebih baik pada minggu hadapan tetapi apa yang lebih penting baginya adalah kepuasan hati para penonton dan juri yang melihat persembahannya.

Disoal mengenai persembahan minggu ketujuh, Aepul berpuas hati kerana membawakan lagu M.Nasir Mentera Semerah Padi dan penyampaiannya telah mencapai objektif yang diinginkan. Dia juga turut berterima kasih kepada pelakon Johan As’ari kerana sudi menjayakan persembahan yang penuh semangat pada malam tadi.

“Setakat ini saya dah capai banyak kejayaan melalui rancangan ini. Kejayaan yang saya dapat sampaikan persembahan yang baik, dan melihat reaksi penonton yang suka dengan apa yang saya sampaikan pun dan sempat buat satu pentas dengan sahabat saya (Johan As’ari)  pun sudah cukup untuk saya”

Puas Hati Dengan Reaksi Penonton! Aepul Roza Bersyukur Dapat Beraksi Di THSS Walaupun Hampir Tersingkir

Sekadar info, THSS akan berlangsung selama 10 minggu dan dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nose. Setiap persembahan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI