Puasa Tapi Berat Tak Turun! Ini 5 Tip Diet Korang Boleh Amalkan Waktu Bulan Ramadan

Share

Alhamdulilah, dah masuk 2 minggu kita semua berpuasa pada bulan Ramadan ni.. alamak! ini maksudnya lagi 2 minggu je lagi dah nak raya!! Berat badan masih tak turun.. adoi.. emergency!  macam mana ni? Jangan risau! REMAJA akan kongsikan dengan korang antara tip mudah yang korang boleh amalkan selama 2 minggu sebelum raya ni! Make sure start dengan gear 5 terus tau.. kita nak kena cepat ni..

1. Jaga dan kira kalori waktu bersahur dan berbuka

Bagi korang yang masih belum tahu lagi apa itu kalori, ianya adalah kiraan tenaga dalam badan kita yang kita gunakan untuk menjalankan aktiviti harian. Jika kita kekurangan tenaga, badan kita akan berasa lesu. Tenaga didalam badan kita menggunakan ukuran kilokalori atau “kkal”. Tubuh badan kita amat memerlukan kalori ini untuk berfungsi dengan baik. Kalori iini terdapat didalam semua makanan.

Setiap orang mempunyai keperluan kalori yang berbeza, mengikut jantina dan juga umur. Cari tahu kiraan kalori yang diperlukan oleh badan dengan menggunakan Mr. Google, taip saja calorie counter dan korang hanya perlu memasukkan berat dan tinggi terkini korang.. selepas itu, korang akan tahu keperluan kalori seharian korang apa.

Jadi sebelum berbuka dan bersahur tu, pastikan korang tahu berapa kalori makanan yang korang ambil..

2. Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan 

Sayur dan buah-buahan? Ye tahu.. bukan semua orang peminat buah-buahan dan sayur-sayuran, tapi kalau korang bukan jenis yang suka makan buah dan sayur pun, memang korang kena juga makan. Sayur dan buah merupakan makanan yang rendah kalori, dan bagi korang yang suka makan kuih manis je lepas berbuka tu, cuba try swap dengan pilihan yang lebih sihat iaitu buah-buahan.

Dekat sini saja korang dah boleh save kalori korang.. bukan itu saja, buah-buahan dan sayur-sayuran kan menyegarkan.. jadi tak salah pun untuk korang nak makan tau. Antara kelebihan yang lain ialah sistem penghadaman korang akan jadi lebih baik dan badan korang akan dapat khasiat dan zat vitamin yang baik.

Macam-macam resepi korang boleh cuba dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ni. Cuma korang kena kreatif sikit ler..

3. Kurangkan pengambilan gula berlebihan, minum air putih dengan secukupnya

Bulan puasa ni, korang pergi bazaar, memang akan rambang mata sebab macam-macam jenis air minuman manis yang dijual. Bandung soda lah, air katira lah, tebu lah, kelapa lah.. kalau nak senaraikan ni sampai 13 Jumaat tak habis!

Minuman manis memang penyumbang terbesar kepada kenaikan berat badan.. korang kena hati-hati dengan gula tau.. bukan saja berlebihan gula boleh menyebabkan diabetis, tetapi juga boleh menaikkan berat badan. Sebaiknya tukarlah kepada air kosong, dan minumlah sekurang-kurangnya 2 liter sehari..

4. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng

Untuk korang yang masih dalam usaha nak menurunkan berat badan tu, lupakan jelah sekejap ayam percik, ayam goreng berempah, kuih-muih manis atau bergoreng ni.. Cuba tukar kepada makanan yang bersup, atau jenis rebus. Makanan yang berminyak dan bergoreng ini mempunyai kadar lemak dan kolesterol yang lebih tinggi, justeru sangat tidak membantu dalam proses penurunan berat badan.

5. Cuba untuk kekal aktif dan cergas pada bulan Ramadan

Bulan puasa bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan. Korang boleh cuba beberapa aktiviti ringkas senaman seperti berjalan kaki, atau membuat kerja-kerja rumah. Tak perlu pun exercise bagai nak rak sampai korang pengsan pulak tau.. pastikan ada pergerakan dan jangan tidur saja.. pergerakan fizikal akan membakar kalori dalam badan kita.

All the best dan semoga berjaya korang! Semoga korang tampil lebih cantik pada hari raya nanti..

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn