REMAJA pernah melaporkan mengenai lokasi tarikan Pulau Giam di Perak yang pernah tular pada tahun lalu.

Suasana benting pasir yang muncul semasa kejadian air surut membolehkan sesiapa untuk berjalan dari persisiran Pantai Teluk Nipah hingga tiba di Pulau Giam berdekatan.

Untuk tahun 2023, fenomena tersebut dijadualkan berlaku sebanyak dua kali iaitu dari 21-25 Januari lalu dan pada 19-22 Februari ini.

Lantas, orang ramai tertarik untuk ke sana demi mengabadikan foto berdiri di bahagian ‘laut terbelah’ itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengunjung Kongsi OOTD Jalan Kaki Dari Pantai Ke Pulau Giam Di Pangkor – REMAJA

Lokasi ‘Laut Terbelah’ Dijangka Sesak Ketika Cuti CNY, Boleh Pergi Tapi Bomba Beri ‘Warning’ Ini..

Ads

Bersempena cuti panjang Tahun Baru Cina bermula hari ini (di sesetengah negeri) sehingga Selasa minggu hadapan, jumlah pengunjung di Pulau Giam dijangka akan naik mendadak.

Ini berikutan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman di Perak mahupun bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan di negeri itu.

Begitupun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak terlebih dahulu memberi amaran agar pengunjung memeriksa waktu pasang surut air yang tepat dan perubahan cuaca perlu diambil kira sebelum ke sana. Ini agar diri tidak terdedah kepada risiko dan kemalangan tidak diingini.

Ads

“Kita sedia maklum, fenomena yang berlaku di pulau itu nanti akan menarik perhatian pengunjung untuk berjalan hingga ke tengah lautan.

“Jadi kita beri peringatan awal agar sentiasa peka dengan keadaan semasa paras air. Paling penting dapatkan maklumat yang tepat daripada jabatan dan agensi berkaitan, kata pengarahnya JBPM Perak, Azmi Osman kepada Sinar Harian.

Lokasi ‘Laut Terbelah’ Dijangka Sesak Ketika Cuti CNY, Boleh Pergi Tapi Bomba Beri ‘Warning’ Ini..

Ads

Tambahnya lagi, pihak JPBM Perak juga sedari awal telah melaksanakan pelan kontingensi keselamatan di kawasan Pantai Teluk Nipah itu melalui Balai Bomba dan Penyelamat Pangkor setelah kes korban nyawa pernah berlaku sebelum ini melibatkan pengunjung yang terperangkap ketika air pasang secara tiba-tiba.

SUMBER: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI