Jika sebelum ini Asam Laksa Pulau Pinang disenaraikan sebagai antara hidangan terbaik dunia, terbaru Pulau Pinang sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada 22 destinasi terbaik untuk dikunjungi pada 2022 menerusi artikel yang diterbitkan oleh CNN Travel.

ARTIKEL BERKAITAN : Asam Laksa Pulau Pinang Antara Makanan Terbaik Dunia, Tangga Ketujuh Tersedap!

Pulau Pinang Diiktiraf Destinasi Terbaik Dunia Untuk Dikunjungi Tahun 2022
Foto Via iProperty ( Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah . © Lee Chee Keong/ 123RF)

Menariknya, pengiktirafan ini juga membuktikan dan membuka ‘mata’ dunia bahawa negara kita tidak kurang dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, kalau tidak tak mungkinlah ramai pelancong yang datang untuk bercuti ke sini.

Menerusi artikel oleh CNN Travel, Pulau Pinang adalah satu-satunya wakil dari negara ASEAN yang dipilih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa bersama destinasi pelancongan popular lain seperti Chile, Colombo, Dijon di Perancis, Greenland, Taman Negara Gabon, Jordan, Lahti di Finland dan lain-lain sebagai antara destinasi terbaik untuk dilawati tahun ini.

Ads

Artikel CNN Travel itu menyatakan bahawa Pulau Pinang yang terletak berhampiran Laut Andaman itu menawarkan gabungan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.

Pulau Pinang Diiktiraf Destinasi Terbaik Dunia Untuk Dikunjungi Tahun 2022
Foto Via source: Adrian Baker / shutterstock (Batu Ferringhi)

“Di Pulau Pinang juga terdapat Baba Nyonya (Peranakan) yang mana masakan mereka menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu.

Ads

“Semuanya boleh didapati di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh negeri, malah di Georgetown ia dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris sehinggalah ke rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid untuk masyarakat Islam,” kata artikel itu.

Pulau Pinang Diiktiraf Destinasi Terbaik Dunia Untuk Dikunjungi Tahun 2022
Foto Via Source: umarazak / shutterstock
Penang Hill Tram

Baru-baru ini, Pulau Pinang dinamakan sebagai salah satu daripada 15 pulau terbaik di dunia untuk bersara oleh International Living, sebuah laman web yang merangkumi peluang persaraan untuk peringkat antarabangsa

Ads

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melalui Facebook beliau pada Isnin memaklumkan pengiktirafan itu menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang. Dari Utara sampailah ke Selatan, termasuklah Sabah dan Sarawak, terlalu banyak tempat menarik yang korang boleh pergi di Malaysia. Sesekali Cuti-Cuti Malaysia, apa salahnya.

BACA LAGI : Bunga Lalang Jadi Port Baru OOTD Di Kedah, Taman Lagenda Padang Serai Makin Popular

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI