Face mist juga ‘wajib’ untuk korang jadikan bff agar wajah lebih segar dan berseri.
Selain daripada memberi kelembapan, face mist juga boleh membantu menenangkan kulit yang terbakar matahari dan memberi kesegaran semula. Lagi bagus kalau yang gunakan bahan semula jadi memandangkan kita akan selalu menyemburnya pada wajah.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Toner Timun DIY, Mampu Kecutkan Jerawat Jika Guna Secara Konsisten
Macam yang dihasilkan oleh Tengku Wdec
ini. Menariknya ia dihasilkan dengan menggunakan hanya timun yang memang selalu digunakan dalam rawatan wajah.Menurutnya face mist ini bukan saja untuk menyejukkan wajah yang perit akibat bahang mentari tapi juga untuk mengecilkan liang pori, tegangkan kulit dan kurangkan mata yang lebam.
Boleh juga digunakan jika wajah mengalami sunburn dan masalah jerawat. Berikut adalah perkongsian Tengku Wdec tentang cara-cara membuat face mist.
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh Tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Langkah 1
Potong sebatang timun kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
Langkah 2
Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.
Langkah 3
Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
Langkah 4
Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai Mr DIY. Bila dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.
Langkah 5
Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Tak perlu bilas, biar ia kering sendiri di wajah.
Sudah ada face mist timun sendiri, letak dalam beg dan bawa ke mana-mana sahaja korang pergi. Rasa kulit kering atau cuaca panas, sembur sahaja di wajah.
Selamat mencuba!
Sumber: Tengku Wdec
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.