Demi melancarkan dan mempercepatkan proses pemberian vaksin, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil telahpun mula beroperasi sejak Isnin, 21 Jun 2021. Dengan kapasiti 10,000 dos sehari, PPV ini akan menumpukan kepada pemohon di bawah 40 tahun di sekitar Lembah Klang.
Seluruh trek balapan stadium itu bertukar wajah menjadi ruang urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.
Seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di Stadium Nasional Bukit Jalil dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.
Justeru itu, orang ramai diminta untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.
Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai yang telah berkongsi foto OOTD mereka sebaik selesai menerima suntikan dos vaksin. Tidak keterlaluan sekiranya kami rasakan PPV ini merupakan lokasi OOTD vaksin terbaik! Bukan mudah ya untuk mengambil foto di berlatar belakang stadium kosong seperti ini.
Lihat sajalah beberapa OOTD yang mencuri tumpuan kami.
Di Goalpost
View this post on Instagram
Oh Ada Goalpoast Lain!
View this post on Instagram
Halaman Depan Majalah
View this post on Instagram
Siap Ada Prop Skaf Bola Sepak
View this post on Instagram
REMAJA pasti ramai yang berharap agar proses pemberian vaksin akan bergerak pantas kerana masyarakat sudah menyedari bahawa mereka memerlukan vaskin itu untuk meningkatkan imunisasi badan menentang penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih berleluasa.
Diharap semuanya berjalan lancar dan sama-samalah kita berdoa agar inisiatif pemberian vaksin di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dan di PVV lain mampu memberikan kita kehidupan seperti sedia kala.