Demi Jimatkan Masa Doktor Tubuh Pusat Vaksin ‘Drive-Thru’ Di Pasar Raya

Share

Pandemik Covid-19 memberi kesan buruk terhadap perkembangan ekonomi dan juga kesihatan. Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat.

Namun, kurangnya pendedahan dan info tentang vaksin menyebabkan kebanyakkan orang takut dan masih ragu-ragu masih ragu-ragu untuk menerima vaksin Covid-19 ini. Ditambah dengan berita-berita dan artikel di laman sosial mengenai keburukan penggunaan vaksin.

Sedar dengan perkara ini, seorang doktor di Jerman terpanggil untuk menubuhkan pusat vaksinasi sementara di pasar raya tempatan. Dr Nicola Buhlinger-Gopfarth mendapati ia satu proses yang memakan masa untuk bercakap dengan setiap pesakit yang menjadi penerima vaksin mengenai kebimbangan tentang kesan sampingannya. Antara lain, tiada keperluan membuat janji temu di pusat berkenaan di mana pesakit sudah mengetahui risiko kesan sampingan lebih awal.

“Kami terharu dengan maklum balas; inisiatif ini adalah kejayaan besar yang membuat saya sangat gembira. Saya gembira untuk semua orang yang boleh meninggalkan tempat letak kereta ini dengan perlindungan.”

“Semua orang yang datang ke sini hari ini tahu mengenai risikonya. AstraZeneca adalah vaksin selamat yang diluluskan terutama untuk orang tua. EMA (pengawal selia ubat Kesatuan Eropah) juga telah bersetuju ia selamat untuk orang muda; ia diluluskan dan telah diperiksa oleh EU dan saya fikir ia diberi nama buruk tanpa sebab,” katanya.

Menurut doktor ini lagi, pasukan Buhlinger-Gopfarth berjaya menghabiskan 800 dos suntikan vaksin yang pada awalnya terdapat barisan panjang di parkir kereta dan bangunan pasar raya di mana vaksin itu diberikan.

Untuk info, di negara kita semalam, bermulanya proses pemberian suntikan vaksin keluaran AstraZeneca di empat lokasi berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menarik juga idea doktor ni, dekat Malaysia bila nak buat macam ni. Betul-betul menjimatkan masa dan selamat sebab tak perlu keluar menunggu.

Sumber : Astro Awani

Published by
Nana