Pusing Satu Bandar Dengan “KL Hop-On Hop-Off” Secara Percuma, Sampai Akhir Bulan

Share

Jom pusing satu KL dengan bas dua tingkat Hop-On Hop-Off hujung minggu ni.

Mesti korang fikir best ke jalan-jalan naik bas di ‘hutan batu’ Kuala Lumpur?

Haa…ini lah masanya, bak kata orang belum cuba belum tahu, dan kalau korang nak suatu pengalaman yang lain dari lain korang boleh try buat.

Demi menyahut seruan kerajaan untuk bercuti di dalam negara dan menjadi rakyat yang baik, apa kata kita cuba perkhidmatan bas dua tingkat Hop-On Hop-Off kerana ia ditawarkan secara PERCUMA kepada warganegara Malaysia sehingga 30 Jun ini!

Wah menarik ni, boleh feeling ‘tourist’ di negara sendiri.

Berjalan-jalan menaiki bas double decker dengan pemandangan terbuka ini bukan sahaja memberi pengalaman merasai suasana ibu kota yang mempesonakan, bahkan mengelakkan kita terpaksa menempuh kesesakan trafik di jalan raya.

Untuk info korang, KL Hop On Hop Off menghubungkan ke lebih 60 tempat & tarikan di Kuala Lumpur dengan 27 hentian — dari bangunan tinggi hingga pencakar langit, menuju tempat-tempat bersejarah dan lokasi rekreasi dengan pemandangan hijau di tengah-tengah ibu kota pastinya meninggalkan seribu pengalaman.

PROMOSI TIKET

Bagi tiket percuma bulan ini, KL Hop On Hop Off hanya menawarkan tiket terhad 24 JAM.

Tiket boleh didapati di pick-up point pertama iaitu di Hentian Bukit Bintang atau boleh ditempah melalui atas talian (online) sahaja di sini:KL HOP-ON HOP-OFF

Untuk tips, korang wajib menyimpan tiket anda sepanjang masa, kerana tiket tersebut akan menjadi pemeriksaan tiket dari semasa ke semasa.

PERKHIDMATAN

Jelajah ke lebih daripada 60 lokasi menarik dan terbaik di seluruh ibu kota dengan 27 hentian.

Untuk tips, kami mengesyorkan korang untuk memulakan lawatan pada waktu pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas selepas jam 4 petang.

Grafik di atas menunjukkan Peta Pelancongan yang ditawarkan jika anda menaiki KL Hop On Hop Off.

Jangan risau kerana KL Hop On Hop Off juga mengamalkan SOP yang bersesuaian dengan norma baharu seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti penjarakan sosial kepada penumpang ketika di dalam bas seperti mana gambar rajah di bawah.

So apa tunggu lagi, jom kita grab tiket ini sementara tengah percuma ni. Tapi ingat kita masih dalam PKPP ye!

 

Published by
Ruziana Zainal