Pusingan U-Turn US Terhadap Huawei Bakal Peningkan Samsung?

Share

Bagi pengikut tegar perkembangan telefon pintar, pastinya korang sudah mengetahui mengenai pusingan U-Turn yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump terhadap pengeluar telefon pintar China, Huawei semalam.

 

Tak sampai dua bulan selepas Trump mengarahkan segala jenis perdagangan di antara US dengan beberapa jenama produk antarabangsa termasuklah Huawei dihentikan, semalam beliau mengumumkan untuk menarik balik keputusan tersebut.

BACA: Selepas ‘Dipulau’ US, Huawei Lakukan Deal Dengan Rusia Demi 5G

Ini bermakna, syarikat komponen serta sistem operasi US seperti Android, Google dan Window diberikan semula akses untuk berdagang dengan Huawei selepas Trump mencapai kata sepakat dengan Presiden China, Xi Jinpang.

Trump dalam ucapannua berkata halangan sementara atas tuduhan Huawei mampu mengintip sekuriti negara US. Namun selepas siasatan, khabar angin itu nyata tak boleh dibuktikan.

Jadi gaiss, apa kesimpulan daripada insiden ini?

Yang pasti, ramai bekas pengguna telefon pintar Huawei dan Honor akan kembali mempercayai jenama itu dan menggunakan peranti mereka.

Besar kemungkinan juga, saham syarikat Huawei akan kembali melonjak dengan projek perkembangan teknologi 5G selepas ia mengalami penurunan pada bulan lalu.

*

Menariknya, ramai tidak mengetahui bahawa keputusan Trump itu juga akan memberi impak kepada jenama peranti Korea Selatan iaitu Samsung.

Aik, apa kena-mengena Huawei dengan Samsung?

Sebelum insiden tersebut meletus, ramai pakar ekonomi yang melihat Huawei sebagai pencabar ‘underdog’ kepada Samsung dalam kategori pengeluar telefon pintar OEM terbesar dunia.

Selepas Samsung memintas Apple, Huawei pula dijangkakan mampu memberi saingan sengit sekitar akhir 2019 atau sebelum pertengahan 2020.

Namun, momentum mereka tersekat oleh tuduhan Trump.

Perang antara Huawei Mate 30 dan Samsung Galaxy Note 10

Ada juga khabar angin yang berkata Samsung telah membatalkan pengeluaran beberapa model premium kerana insiden US-Huawei.

Dengan berita terbaru ini, ada pihak yang mendakwa Samsung tidak bersedia dengan apa-apa inovasi terbaru yang boleh dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Huawei pula yang kini sudah mula ‘membuka mata’ untuk tidak lagi bergantung kepada teknologi moden OEM negara Barat.

Siapa yang akan mengungguli pasaran telefon pintar pada akhir tahun ini – Apple, Samsung atau Huawei? Sama-sama kita nantikan.

Published by
FZ