Putera Berjiwa Rakyat, Tengku Hassanal Bantu Mangsa Kemalangan Dalam Hujan

Share

Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika sebelum ini rakyat Malaysia memuji keprihatinan Yang di-Pertuan Agong turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan, kini situasi yang sama dilakukan oleh anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Menurut instagram House of Pahang, kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik.

Walaupun dalam keadaan hujan lebat, Tengku Hassanal tetap turun membantu dan melihat keadaan mangsa.

Rata-rata netizen memberi pujian dan menyifatkan bahawa Tengu Hassanal memiliki sifat keprihatinan yang sama seperti ayahanda beliau.







Difahamkan juga, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga terjumpa dengan kemalangan di Maju Expressway ketika berangkat ke Putrajaya pagi semalam.

Keprihatinan seperti ini perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat kerana sesungguhnya ia mampu meringankan beban mangsa yang ditimpa kesusahan.

Semoga Allah merahmati Tuanku dan kesemua ahli keluarga. Daulat Tuanku.

Published by
Noor Ain Norman