(Dari Kiri) Emma Corrin dan Josh O'Connor yang dicalonkan menerusi penampilan sebagai pasangan diraja dalam drama bersiri The Crown.

Isi Kandungan

 

Setelah Met Gala memeriahkan dunia fesyen pada minggu lalu, kali ini tiba giliran karpet merah anugerah Emmy’s pula yang mencuri tumpuan kami.

Emmy’s sudah ‘terbiasa’ dengan gaya selebriti yang lebih elegan, kelihatan preppy dan glamor saban tahun. Namun tahun ini, enam orang selebriti muda ini bagi REMAJA telah cuba memecahkan ‘benteng gaya’ di karpet merah Emmy’s dengan stail masing-masing; bermula dengan ‘pasangan diraja’ dalam siri drama The Crown iaitu Josh O’Connor dan Emma Corrin.

 

01

Josh O’Connor

Louwe

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021
Josh O’Connor dalam persalinan Loewe di anugerah Golden Globes, awal tahun ini.

Bukan Josh O’Connor-lah namanya jika dia tidak cuba melakukan sesuatu yang berbeza di karpet merah anugerah Emmy. Josh yang merupakan duta khas Loewe sejak di karpet merah Golden Globes pada awal tahun ini kekal memilih jenama fesyen tersebut di Emmy’s.

Josh yang membawakan watak Putera Charles dalam siri hit Netfix, The Crown memilih sut tux klasik dengan sedikit ‘twist’. Dia (well, bukannya Josh tetapi penata gayanya iaitu Harry Lambert) menggantikan aksesori tali leher dengan aksesori bunga hitam pada leher hasil ciptaan Jonathan Anderson.

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021
Josh O’Connor di karpet merah Emmy’s pagi ini.

TERKINI :  Josh O’Connor telah memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi Siri Drama untuk watak Putera Charles dalam The Crown!

 

02

Emma Corrin

Miu Miu

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021

Sementara itu, pasangan Josh di set The Crown iaitu Emma Corrin yang membawakan watak Lady Diana mengekalkan statusnya sebagai ‘It Girl’ dalam dunia fesyen apabila terus mencuba sesuatu yang baharu di karpet merah. Emma sememangnya dikenali sebagai selebriti yang tidak gentar melakukan eksperimentasi pada gayanya.

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021

Ads

Pelakon berusia 25 tahun itu menjadi salah seorang selebriti ‘best-dressed’ pada hari ini dalam persalinan gaun Miu Miu dan turut digayakan oleh Harry Lambert. Bukan saja dia tampil berbeza dengan aksesori kepala dan sarung tangan kuning cair untuk menjadi gaun ‘column’ – nya lebih menarik, tumpuan juga terarah kepada stail kuku tajamnya yang kelihatan ‘gothic’ atau seperti yang disebutkan Emma dalam kapsyennya, ‘crucible realness’.

 

03

Anya Taylor Joy

Dior Haute Couture

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021

Masih dengan pelakon yang meningkat naik disebabkan siri saluran penstriman Netflix. Kali ini, ia adalah pelakon utama bagi siri The Queen’s Gambit iaitu Anya Taylor-Joy. Setelah beberapa kali tampil di karpet merah acara anugerah besar sebelum ini, penulis sudah dapat mengagak bahawa Anya sukakan gaya yang bertemakan ‘old Hollywood glam’.

Ia jelas dapat dilihat pada gaun kuning cair khas oleh Dior yang dipadankan dengan shawl kuning menyala. Manakala rambutnya dinaikkan menjadi ‘bun’ elegan dan bibir merah melengkapkan gaya Anya hari ini. Ada yang berpendapat ia seakan gaun puteri Disney, Belle daripada Beauty & The Beast.

Baru-baru ini, Anya turut mencuri tumpuan di Festival Filem Venice apabila dia mereplikakan gaya ala Barbie dalam gaun merah jambu yang juga dicipta oleh Dior.

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021

Ads

ARTIKEL BERKAITAN : Salah Fakta, Master Catur Dunia Saman Siri Netflix The Queen’s Gambit – REMAJA

 

04

Yara Shahidi

Dior Haute Couture

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021

Seorang lagi gadis Dior di karpet merah Emmy’s pada hari ini ialah pelakon Grown-ish, Yara Shahidi dalam gaun yang diinspirasikan daripada potongan siluet vintaj Dior. Ia mempunyai kesemua DNA Dior daripada bahagian off-the-shoulder, pinggang mengecil dan skirt kembang pada paras buku lali.

Selalunya, Yara lebih eksperimental dalam pemilihan gayanya di karpet merah. Lihat sajalah penampilan Yara pada minggu lepas di Met Gala. Tapi kali ini, duta jenama Dior ini memilih gaya yang lebih ‘selamat’ untuk kelihatan lebih glamor. Yara melengkapkan gaya ini dengan rantai emas tiga lapis dan sepatu ‘pump’ kulit.

 

 

05

Beanie Feldstein

Ads

Brandon Maxwell

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021

Barisan pelakon Impeacment: American Crime Story pada hari ini tampil elegan dalam persalinan busana masing-masing. Selain Sarah Paulson dan Annaleigh Ashford, penulis sebenarnya lebih tertarik dengan Beanie Feldstein yang memilih busana rekaan Brandon Maxwell ini kerana ia begitu ‘kena’ dengan usianya yang baru mencecah 28 tahun dan masih kelihatan chic.

Gaun ‘button down’ berwarna pic dengan efek fabrik metalik ini menggabungkan gaya glamor dan kasual dan bertambah menarik dengan efek pleated pada bahagian bahu hingga ke lengan bagi memberikan kelainan.

 

 

06

Hannah Einbinder

Prada

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021

Penulis tahu, tidak semua orang akan menyukai gaya pilihan terakhir REMAJA ini. Pelakon Hack dan selebriti comedian ini yang mendapat pencalonan pertama Emmy-nya ini cuba untuk keluar dari zon selamat. Pemilihan jenama Prada saja untuk dia sarungkan di karpet merah sudah cukup untuk membuktikan bahawa Hannah tidak takut berfesyen (atau dikritik, memandangkan busana Prada selalu dikritik hebat di karpet merah. Opps!).

‘Putera Charles & Lady Diana’ Paling Stail! Lihat 6 Gaya Pilihan Di EMMY’s 2021

This blush gown hits all the Prada boxes, and it hits all the right boxes!  Dari padangan hadapan, mungkin ia kelihatan ringkas. Namun sebaik saja Hannah memusingkan badannya, kita dapat menghargai segala idea kreatif yang diletakkan olehi Miuccia Prada dengan garapan riben dan tektur seakan Origami. Ia sememangnya mempunyai inspirasi rekaan busana tradisional Jepun, kimono tetapi dalam bentuk yang lebih moden.

*

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Stail Pilihan Remaja Di Emmy’s 2020, Kuarantin Pun Cantik! – REMAJA

BACA LAGI : Warna-Warna Terang Penuhi Karpet Merah Emmy’s 2019, Paling Cantik Ialah.. – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI