Putera Harry & Meghan Markle Dilucutkan Jawatan DiRaja. Tidak Lagi Menjadi ‘Working Royal’

Share

Kisah keluarga DiRaja Britain sentiasa menjadi tumpuan masyarakat dunia, apa sahaja skandal yang terjadi pasti akan mengisi dada-dada akhbar cetak mahupun atas talian.

Terbaharu pasangan Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle telah secara rasmi dilucutkan semua jawatan diRaja yang mereka miliki dan ini termasuk juga pangkat dalam pasukan beruniform serta kedudukan mereka sebagai penaung sesebuah badan kebajikan yang mewakili keluarga DiRaja tersebut.

Berkahwin pada 19 Mei 2018. Kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan Meghan sedang mengandung anak kedua. Sumber gambar: The Guardian

Setahun lalu pasangan ini telah membuat keputusan untuk hidup seperti rakyat biasa dan berpindah ke Amerika Syarikat. Dalam tempoh 12 bulan sesi reviu telah dilakukan untuk melihat langkah seterusnya bagi pasangan tersebut. Apabila Putera Harry & Meghan Markle mengesahkan yang mereka tidak akan kembali sebagai ‘working royal’, seluruh pangkat mereka turut ditarik.

Keputusan ini khabarnya telah diputuskan oleh nenda kepada Putera Harry, Ratu Elizabeth sendiri. Menurut sumber terdekat dengan Ratu Elizabeth, “Hasil dari perbincangan bersama Putera Harry, Ratu Elizabeth telah menulis dan mengesahkan yang apabila mengundurkan diri dari kerja sebagai keluarga DiRaja adalah mustahil untuk mereka meneruskan tanggungjawab dan tugas yang datang dengan kehidupan yang tertumpu dengan kerja khidmat masyarakat.”

Penarikan kembali semua pangkat itu termasuklah lantikan Kehormat di dalam sektor ketenteraan serta tugas sebagai Penaung DiRaja. Tugas-tugas ini akan dibahagikan kepada anggota lain di dalam keluarga DiRaja tersebut. Namun begitu jawatan mereka sebagai penaung untuk organisasi secara peribadi tidak terganggu.

Sumber : Yahoo! Style

Published by
Fiezreen