Putera Harry dan Meghan Markle masih mencuri tumpuan walaupun telah berkahwin.
Antara perkara yang paling mencuri perhatian adalah kod pemakaian Meghan ketika ke acara rasmi atau sekadar keluar dari istana. Meghan nampaknya gemar sekali melanggar kod pemakaian yang ditetapkan oleh pihak istana, and we are LOVING every minute of it !
Iajelas menunjukkan Meghan masih mempunyai hak untuk berdikari dalam hal seperti pemakaian. Lagipun, bukannya dia tampil tidak bersopan di khalayak ramai. Bekas pelakon drama bersiri Suits ini cuma ingin bebas berfesyen.
Antara kod pemakaian yang pernah ‘dilanggar’ oleh Meghan termasuklah (1) Memakai dress mendedahkan bahu, (2) Memakai seluar ripped jeans dan (3) Memakai pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh semasa mengumumkan pertunangan bersama Putera Harry.
Haih, suka sangat langgar peraturan Meghan ni.
Selama ini, Putera Harry tidak pernah memberikan apa-apa komen mengenai kod pemakaian isteri beliau tersebut. Bagaimanapun, khabar angin kencang mengatakan bahawa Putera Harry baru-baru ini telah melarang Meghan daripada memakai – hhm
– tuksedo.
Ya, Meghan pernah memakai tuksedo beberapa kali pada tahun ini.
Cumanya kali ini, dia tak dibenarkan untuk memakai tuksedo semasa kunjungan rasmi ke Australia pada musim luruh nanti. No tuxedo, no blazer and no pants. Nampaknya, Putera Harry menyarankan agar tidak memakai jenis-jenis pakaian tersebut supaya imej Meghan kelihatan seperti seorang ahli kerabat rasmi dan bukannya seorang pelakon Hollywood.
Seperti yang diketahui ramai, ahli kerabat wanita Britain selalunya akan memakai dress paras lutut. Contohnya seperti Duchess of Cambridge, Kate Middleton ketika berkunjung ke Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.
Walaupun Meghan tak dibenarkan bertuksedo nanti, ironi juga apabila kita imbas kembali bagaimana mendiang Puteri Diana sering memakai tuksedo ketika kunjungan rasmi seperti ini sepanjang hayatnya.
Apa pendapat korang, patutkah kod pemakaian Meghan Markle dikongkong sebegini rupa?