Buat julung kalinya, salah seorang daripada dua peserta lelaki program realiti nyanyian The Hardest Singing Show telahpun menyambar kejuaraan mingguan pada konsert suku akhir, malam tadi.
Putera Muhammad tampil dengan persembahan impresif ketika membawakan lagu Hilang Naluri dengan elemen api bagi menyelesaikan cabaran minggu ini bertemakan Estetika Alam. Sekaligus, Putera berjaya mengutip markah tertinggi sebanyak 93.20 peratus dan membawa pulang Anugerah The Hardest of the Night.
Putera Muhammad.
Lebih manis lagi, Putera juga telah menerima skor tertinggi daripada salah seorang juri tetap program, Dato’ Seri Rossa atau lebih mesra dengan panggilan Teh Ocha seperti yang diumumkan oleh juri berkenaan sewaktu sesi penjurian.
Bercakap kepada REMAJA di belakang pentas, Putera berpendapat rezeki tersebut hadir secara mengejut pada minggu kelapan pertandingan memandangkan kejuaraan seringkali diperolehi oleh peserta-peserta wanita.
“Graf saya dalam program ini macam roller coaster, naik turun (ketawa). Alhamdulillah minggu dapat juga saya merasa menjadi juara mingguan. Sewaktu persembahan tadi pun, saya lihat juri-juri berikan standing ovation. Itu yang penting sebenarnya iaitu apabila penonton puas dan apa yang kita hendak sampaikan itu tercapai. Kedudukan pertama itu bonus,” katanya yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once.
Sewaktu Putera menerima tugasan elemen api, idea asalnya adalah bagi menimbulkan kegerunan penonton dengan cara membakar yang ekstrem termasuklah idea untuk membakar tubuhnya sendiri. Namun hasrat Putera itu ‘lebih terkawal’ malam tadi setelah menerima nasihat pihak produksi dan pasukannya sendiri.
“Kau ni muka nak pakai lama, kaki nak pakai lama, badan nak pakai lama… Jadi jangan habiskan segala-galanya pada minggu ini…”
“Ya, idea asalnya termasuklah untuk membakar satu badan dan pijak api agar merecik. Itu belum lagi bermain dengan efek api pada badan. Tetapi apa yang berlaku malam ini adalah idea-idea yang telah diluluskan oleh produksi,” katanya.
Kongsi Putera lagi, sesi raptai bersama nyalaan api pada lengannya hanya boleh dimulakan pada hari Sabtu. Biarpun sedikit cemas ketika melakukannya, dengan bantuan pihak bertanggungjawab, Putera kekal tenang ketika cuba memadamkan api menggunakan sapu tangan khas serta air yang telahpun disediakan di atas pentas.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Ads
Terdahulu, Putera Muhammad pernah menyertai sebuah lagi program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Big Stage 2023 dan menduduki tangga ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gegar Vaganza 8, rancangan hiburan popular terbitan Astro Ria telahpun melabuhkan tirai separuh akhir malam tadi. Seramai enam bintang telah berjaya mara ke peringkat akhir manakala dua lagi tersingkir menerusi cabaran yang diberikan.
Enam peserta yang berjaya layak ke peringkat akhir ialah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low. Manakala penyanyi dangdut Ani Maiyuni dan penyanyi veteran Shidee pula terpaksa akur apabila mereka menjadi dua peserta terbawah sekaligus disingkirkan.
Ani Maiyuni menampilkan persembahan yang bertenaga, namun sudah tertulis perjalanannya hanya sampai separuh akhir. Sumber foto: Instagram Ani Maiyuni
Namun setiap keputusan yang dilakukan pasti ada cakap-cakap yang kurang berpuas hati terhadap pemilihan yang dilakukan oleh juri. Antara yang lantang menyuarakan suaranya ialah Datuk Seri Vida yang dilihat meninggalkan komen ‘pedas’ di laman Instagram Media Hiburan.
Ujarnya, “Pilih kasih, kalau saya mencelah kata nak menumpang. Asyik ada saya je. Adibah tiada effort. Tak sedap dapat masuk final. Si Ani ni memang menyerlah malam ini. Good voice performance compared to Kak Deeb, mmmm pilih bulu tetap.”
Kredit foto: Tangkap Layar Instagram Media Hiburan
Komen tersebut menerima lebih 100 tanda suka dan juga pelbagai komen dari warganet yang bersetuju dengan statement yang diberikan oleh usahawan yang pernah menaja beberapa musim pertandingan nyanyian tersebut.
Adat dalam sesebuah pertandingan,‘rumah siap, pahat masih berbunyi’ terhadap satu-satu keputusan yang dilakukan. Barisan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bersama juri jemputan, Datuk Rosyam Nor telah pun membuat pilihan dan pastinya mereka memahami dari segi persembahan secara keseluruhan.
Minggu hadapan, juara Gegar Vaganza yang baru akan diketahui. Enam bintang yang mara ke peringkat akhir masing-masing akan mempersembahkan tiga buah lagu dalam konsep solo, duet dan juga battle.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat peminat pelakon kacak Brad Pitt, kami ingin memberikan korang peluang untuk menjadi yang terawal menonton filem terbaharu selebriti Hollywood ini yang berjudul Bullet Train arahan David Leitch.
Menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Joey King, Aaron Taylor-Johnson, Brian Tyree Henry, Andrew Koji, Hiroyuki Sanada, Michael Shannon dan Benito A Martínez Ocasio, filem ini mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan yang melaksanakan tugasan pertamanya selepas berehat dalam tempoh masa yang lama.
Dia menaiki kereta api Tokyo untuk mendapatkan semula beg bimbit misteri, namun mendapati dirinya bukanlah satu-satunya individu yang mencari beg tersebut. Dia terpaksa berlawan dengan sekumpulan pembunuh upahan yang lain untuk mendapatkan beg itu.
Bagaimana kesudahan filem ini? Nah, jangan lupa saksikan Bullet Train yang bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2022 di seluruh pawagam tanah air.
Tapi, untuk pemenang bertuah #WayangRemaja, kami ingin berikan dua tiket tayangan perdana untuk menonton filem ini dengan lebih awal.
Tarikh: 3 Ogos 2022 Masa: 8.30 malam Lokasi: GSC 1 Utama
Pemenang bertuah juga akan menerima merchandise daripada filem Hollywood ini termasuklah:
5 x BT Momoton Postcard Set
5 x BT Tote Bag
5 x BT Hand Sanitizer
10 x BT Bucket Hat
Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu jawab soalan dibawah.
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dia bagaimanapun menitipkan penghargaan buat ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut telah membebankan keluarga.
“Kenyataannya, saya sangat memohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia. Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa.
“Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,” katanya.
Menerusi perkongsian sama, Fatiya turut dilihat memuat naik gambar dirinya ketika berusia 23 tahun bersama ibu tercinta dan ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.
“Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.
“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi K-Pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo yang juga merupakan ahli kumpulan SKYE (dahulunya dikenali sebagai IN2IT), mengumumkan bahawa beliau kini menyertai Program Latihan Khidmat...