Putera Philip, Suami Ratu Elizabeth II Meninggal Dunia Pada Usia Hampir 100 Tahun

Share

Setelah lama rakyat United Kingdom dan wilayah di bawah takluknya berteka teki tentang kesihatan Putera Philip akhirnya baginda telah disahkan menghembus nafas yang terakhir setelah gering berbulan lamanya hari ini. Baginda yang diputerakan pada 10 Jun 1921 akan menyambut hari kelahirannya Jun nanti.

Dalam satu kenyataan rasmi Istana, “Dengan rasa dukacita yang mendalam, Yang Mulia Ratu mengumumkan kematian suaminya yang tercinta, Yang Mulia Putera Philip, Duke of Edinburgh dengan tenang pagi ini di Istana Windsor. Pengumuman lebih lanjut akan dibuat tepat pada waktunya. Keluarga DiRaja akan bersama dengan orang-orang di seluruh dunia untuk meratapi pemergiannya.”

Putera Philip setia menemani isteri baginda, Queen Elizabeth II ke mana-mana acara sebelum mengambil keputusan bersara pada tahun 2017.

Sebelum ini Putera Philip telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII di hospital London pada 17 Februari setelah kesihatannya merosot. Istana kemudian mengesahkan bahawa baginda dirawat kerana jangkitan.

Kemudian, pada 1 Mac, baginda dipindahkan ke Hospital St. Bartholomew, juga di London, yang mana para doktor terus merawat jangkitan tersebut dan juga melakukan ujian untuk memantau keadaan penyakit jantung yang sudah dihidapi baginda. Selepas pembedahan, baginda dikeluarkan dari hospital pada pertengahan Mac untuk berehat di Istana.

Perkahwinan baginda berdua dikurniakan empat orang cahaya mata. Charles, Anne, Andrew dan Edward.

Dikenali dengan gelaran rasmi Duke of Edinburgh, baginda adalah putera Inggeris yang paling lama berkhidmat setelah mengahwini isterinya. Baginda mengahwini Queen Elizabeth (ketika itu Puteri Elizabeth) pada tahun 1947. Perkahwinan baginda berdua ketika itu menjadi satu momen manis biarpun dunia masih bergolak akibat kerosakan Perang Dunia II.

Dalam tujuh dekad perkhidmatannya, Putera Philip sering menemani Ratu dalam sebarang acara kerajaan, dan melakukan ribuan penampilan solonya sendiri. Untuk pengetahuan pembaca baginda dilahirkan sebagai Putera kerajaan Greece dan Denmark sebelum meninggalkan negaranya ketika berusia 18 bulan disebabkan pergolakan yang berlaku di negaranya ketika itu.

Sumber: CNN

Sumber foto: Instagram The British Royal Family

Published by
Fiezreen