Personaliti televisyen, Aidid Marcello meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak lelakinya, Muhammad Iman Marcello berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh hanya 11 bulan.
Menerusi perkongsian di entri Instagram miliknya, Aidid menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah paling bermakna untuknya dan isteri.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah dan ibu, tiada apa lagi hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang Iman berikan kepada kami. Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ni.
“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy dan mummy bila kami dah tiada nanti.
Ads
“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak,” coretnya panjang lebar.
Ads
Iman berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran selepas mengikuti Akademi al-Quran Amalillah (AKMAL).
Menerusi video sama, isterinya yang juga bekas personaliti televisyen, Norzie Pak Wan Cik dilihat mengalirkan airmatanya tanda bangga buat putera sulungnya itu.
Ads
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina berusia, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, sepasang kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di Kemaman, Terengganu.
Apa yang lebih mengharukan, pasangan kembar Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof (23) dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof (23) turut memberikan hadiah terindah kepada nenek mereka, Wan Zaharah Ahmad (79) yang telah menjaga mereka berdua sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka akibat kemalangan jalan raya.
Dalina dan Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada 20 Oktober lalu dan lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima ijazah kelas pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
Menurut Dalina, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun dia tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang jurutera dan kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna”
“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya ketika ditemui media Sinar Harian.
Dalam pada itu, Daliana turut berkongsi rasa syukur dan bangga atas kejayaan mereka meraih ijazah dalam bidang kejuruteraan.
Katanya, selain saling memberi semangat antara satu sama lain, dia turut menghargai jasa, kasih sayang, dan pengorbanan neneknya yang tiada ganti.
Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.
“Saya sangat bangga dan terharu dengan kejayaan mereka. Walaupun kami tidak mempunyai banyak harta, saya selalu berpesan supaya mereka belajar bersungguh-sungguh. Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Wan Zaharah juga turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
Pada majlis itu, Dalina telah dianugerahkan Anugerah Rektor atas kecemerlangannya yang tidak hanya terhad kepada bidang akademik tetapi juga aktif dalam kokurikulum. Dia juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya, kini para pelajar Tingkatan 5 dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 boleh melakukan persediaan akhir kerana peperiksaan dijadualkan berlangsung pada awal Disember depan.
SPM pada tahun ini akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Amali Sains, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris.
Alang-alang menyeluk pekasam, meh kami kongsikan tarikh penting bagi setiap ujian yang anda perlu take note!
1- Ujian Bertutur Bahasa Melayu ia akan dilaksanakan bermula pada 2 hingga 5 Disember 2024.
2- Ujian Amali Sains (9, 10 dan 12 Disember 2024 untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi). Manakala bagi mata pelajaran Sains Tambahan, ujian amali akan diadakan 12 Disember 2024.
3- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (16 hingga 19 Disember 2024).
4- Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (31 Disember 2024).
Seterusnya, bagi peperiksaan bertulis SPM 2024 pula, ia bakal bermula dari 2 Januari 2025 sehingga 6 Februari 2025.
Bagi calon-calon SPM 2024, anda masih ada banyak lagi masa untuk mengulangkaji subjek lain kerana Kertas Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual – Teori Seni merupakan subjek pertama yang akan diduduki pada 2 Januari 2025, Khamis.
Ia disusuli Kertas Bahasa Inggeris dan Tasawwur Islam pada 6 Januari 2025. Untuk memudahkan para pelajar SPM, ibu bapa, dan guru, Remaja sertakan sekali lampiran senarai tarikh peperiksaan:
Kami di Remaja mendoakan para pelajar yang bakal menduduki SPM 2024 berjaya dan semoga anda dikurniakan kekuatan serta kesihatan mental dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan itu tidak lama lagi.
Ingat! Jangan pernah putus asa sebab setiap penat lelah anda pasti akan membuahkan hasil yang berbaloi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, selepas melakukan aksi cemerlang pada malam Rabu semalam, penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluahkan bahawa peluang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian dirinya sebagai pemain bola sepak profesional.
Arif Aiman atau nama sebenar Arif Aiman bin Mohd Hanapi berkata, beliau komited untuk bekerja keras bagi membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan akan datang.
“Perlawanan malam ini agak sukar buat kami, tidak kira apa terjadi kami memberikan aksi terbaik kami bersama perjuangan, karakter ketika beraksi di atas padang. Kami meletakkan sasaran untuk menang malam ini tetapi hanya dapat satu mata”
“ACLE merupakan kejohanan yang tinggi, ini adalah impian saya untuk bermain di AFC Champions League Elite. Saya banyak berkorban untuk sampai ke sini dan mahu terus bermain di peringkat tinggi. Saya akan bekerja keras untuk berikan aksi yang lebih baik dalam perlawanan akan datang,” katanya.
Pemain yang kini berusia 22 tahun itu menyumbangkan dua gol buat Harimau Selatan bagi mengikat Shanghai Port 2-2 di Stadium Bola Sepak Pudong pada Rabu, sekaligus membawa pulang satu mata.
Dalam pada itu, JDT akan meneruskan kempen ACLE berdepan satu lagi wakil China, Shanghai Shenhua, bagi aksi kedua di Iskandar Puteri pada 1 Oktober akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...