Berita

Putera Sulung Aidid Marcello & Norzie Pak Wan Chek Kini Bergelar Hafiz Al-Quran -“Hebat Hasil Didikan Seorang Ayah & Ibu..”

Share

Putera sulung kepada personaliti televisyen terkenal, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, Muhammad Iman Aidid Marcello kini bergelar hafiz al-Quran apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Menerusi sebuah hantaran video di platform TikTok Akademi Al-Quran AKMAL, Iman bersama ibu dan bapanya hadir bagi majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Sulung Aidid Marcello Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 11 Bulan!

Difahamkan, Iman berjaya menghafaz kesemua juzuk di dalam al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.

Dalam hantaran sama, Aidid menitipkan rasa syukur atas kejayaan anak lelakinga itu selain berpesan kepada Iman untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

“Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk al-Quran. Ia juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.

“Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan al-Quran sepanjang hidup anakanda,” katanya.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet mengucapkan tahniah buat Iman atas kejayaannya bergelar hafiz al-Quran.

“Tahniah adik-adik yang berjaya hafal al-Quran… moga sentiasa menjadi pedoman hidup… seronok tengok anak-anak muda bersemangat dalam mengejar akhirat,” tulis seorang pengguna.

“Hebat didikan seorang ayah… Aidil Marcel dan seorag ibu, Norzie Pak Wan Cik,” komen seorang lagi pengguna.

” Alhamdulillah.. Syukur… hebat Aidid Marcello dan Norzie..maka lahirlah pejuang Al-Quran,” komen pengguna lain.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Akademi Akmal

Published by
Fath