Berita

Putera Sulung Shila Amzah Didiagnosis Hidap Autisme Tahap 1

Share

Penyanyi terkenal, Shila Amzah reda dan berlapang dada apabila putera sulungnya, Seth Uwais didiagnosis menghidap autisme tahap satu.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Khilaf Asmara itu dalam satu hantaran video di Instagram ketika baru pulang dari hospital.

Menurut Shila, dia sudah lama merasakan ada sesuatu dengan Seth sama ada dia autisme atau Gangguan Perhatian Defisit Hiperaktif (ADHD).

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Kongsi Wajah Anak Perempuannya -“Fotostat Papa Dia, Maaf Shila Cuba Lagi Tahun Depan”

“Seth didiagnosis mengalami autisme tahap satu. Doakan untuk Seth dan keluarga kami.” katanya.

Reda dengan ketentuan Ilahi, Shila bersyukur dan lega apabila dapat merawat anaknya yang mengalami sindrom itu pada usianya yang sekarang.

“Doktor sarankan untuk Seth menjalani terapi dan dihantar ke sekolah kanak-kanak autism.

“Jadi bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan tidak. Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Seth adalah anak hasil daripada perkahwinan Shila dengan Haris Edraki pada 2018, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 2022.

Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Ubai pada 5 Ogos tahun lalu. Mereka baru saja dikurniakan seorang anak perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Shila Amzah

Published by
Fath