William & Harry Enggan Diri Bersebelahan Di Pengebumian Putera Philip

Share

 

Setelah berita pemergian Duke of Edinburgh, Putera Philip minggu lalu, ramai beranggapan momen menyedihkan ini membuatkan hubungan keluarga diraja Britain bertaut semula.

Ini setelah Putera Harry dan isteri, Meghan Markle melucutkan segala jawatan dan gelaran diraja yang pernah dipegang lantas membawa diri berkelana di California, Amerika Syarikat.

Retak dalam keluarga diraja itu semakin jelas apabila pasangan diraja muda itu menjayakan temubual eksklusif bersama Oprah Winfrey. Beberapa informasi sensitif seperti isu perkauman terhadap Meghan oleh ahli Istana Buckingham kini diketahui seluruh dunia.

Ramai yang berbelah bahagi sama ada untuk menyokong Harry dan Meghan ataupun keluarga diraja.

ARTIKEL BERKAITAN“Keluarga Kami Bukan Rasis”, Putera William Nafi ‘Kenyataan Eksklusif’ Harry-Meghan – REMAJA

Justeru, acara pengebumian Putera Philip yang dijadualkan berlangsung pada hari ini disangka bakal menyatukan semula mereka semua.

Oh boy, that cannot be further than the truth.

Sumber Foto: Daily Beast

Putera William dan Harry dilaporkan enggan berdiri bersebelahan semasa memberikan penghormatan dan berjalan di belakang kereta jenazah nanti.

Perkara itu disahkan oleh Istana Buckingham semalam dan ia telah mengecewakan rakyat Britain yang beranggapan perbalahan di antara adik-beradik diraja itu bersifat ‘keanak-anakan’.

Kalau korang masih ingat, semasa acara penghormatan untuk mendiang ibu mereka iaitu Puteri Diana, Putera William berjalan bersama-sama Harry, Putera Philip, Putera Charles dan pakcik mereka, Charles Specer (adik kepada Puteri Diana).

Sumber Foto : Insider

Bagaimanapun, di acara penghormatan untuk Putera Philip yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang waktu Britain (kira-kira jam 10 malam waktu Malaysia), Putera William dan Harry akan dipisahkan oleh saudara mereka, Peter Phillips.

Peter Phillips. Sumber Foto: Grazia Daily

Setelah kenderaan jenazah jenis Land Rover itu tiba di gereja St. George’s, Putera William akan berjalan di hadapan Harry semasa memasuki gereja.

Hanya 30 jemputan eksklusif saja dibenarkan terlibat dalam upacara selama 50 minit itu; bersesuaian dengan musim pandemik sekarang.

Selain Putera William dan Harry, di antara jemputan lain yang dinanti-nantikan termasuklah Ratu Elizabeth II, Putera Charles, Camilla Parker Bowles, tiga lagi adik-beradik Putera Charles dan lapan cucu Putera Philip serta pasangan masing-masing.

Sumber Foto: Cheat Sheet

Turut diundang ialah anakanda Puteri Margaret, tiga saudara Putera Philip dari Jerman dan rakan karib Putera Philip iaitu Countess Mountbattern, Penelope Knatchbull.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memilih untuk tidak menghadiri demi memberikan ruang kepada ahli keluarga diraja dan kenalan rapat mereka menghadirinya.

Besar kemungkinan, acara rasmi ini akan diadakan secara ringkas atas kehendak Putera Philip sendiri sebelum baginda mangkat.

Namun, elemen ketenteraan pasti akan disertakan memandangkan latar belakang mendiang dalam bidang itu.

Sumber : (1) (2)

BACA LAGIAnugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip – REMAJA

Published by
FZ