Puteri Gunung Ledang Kembali, Muncul Di Laman Penstriman Popular.

Share

Siapa boleh lupa dengan kisah cinta penuh tragis di antara watak Gusti Putri dan Hang Tuah yang cemerlang dilakonkan oleh Puan Sri Tiara Jaquelina dan Datuk M. Nasir. Selain dua nama besar ini, filem ini turut dibarisi pelakon yang cukup disegani seperti Adlin Aman Ramlie, Sofea Jane, Ruminah Sidek, Alex Komang, Cristine Hakim, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Poster Filem Puteri Gunung Ledang.

Filem yang menelan belanja Rm16.6 juta yang ditayangkan pada tahun 2004 ini mencipta sejarah sebagai filem dengan bajet paling besar dalam sejarah perfileman negara Ketika itu.

Terbaru, laman penstriman Netflix mengumumkan yang platform tersebut akan menayangkan filem Puteri Gunung Ledang bermula 26 November 2020 dan ia khusus untuk tontonan bagi lingkungan negara-negara Asia Tenggara.

Sumber Gambar: listal.com

Memetik sedikit sinopsis filem ini, Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Mahmud.

Utusan peminangan oleh Sultan Mahmud diketuai oleh Hang Tuah sendiri atas arahan baginda. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Nak tahu apa syaratnya, jangan lupa saksikan filem ini.

***P/S- Penulis berada di tingkatan 5 sewaktu filem ini ditayangkan. Sanggup simpan duit poket semata-mata nak beli tiket wayang.

Published by
Fiezreen