Merupakan cucu saudara Raja Kemboja, Norodom Sihomani, remaja perempuan berusia 10 tahun ini popular sebagai pelakon, penyanyi dan juga pempengaruh media sosial di negaranya.
Ibunya, Puteri Buphary Norodom merupakan anak kepada Putera Norodom Chakrapong, manakala bapanya pula merupakan seorang lelaki berbangsa Perancis. Dilahirkan dinegara bapanya pada tahun 2012, dia kembali ke Kemboja pada usia tiga tahun dan menetap di sana sehingga kini.
Selain mempelajari bahasa Perancis dan Khmer daripada ibu bapanya, menurut Cambodia News, Norodom juga bertutur dalam bahasa Thai, Cina dan Inggeris. Seperti yang boleh dilihat pada saluran YouTubenya beliau berkemampuan menyanyi dalam kesemua bahasa tersebut.
Satu perkara yang cukup menarik tentang puteri raja ini semestinya raut wajah beliau yang iras penyanyi KPop popular, Lisa Blackpink. Selain gemarkan penyanyi tersebut, Jenna sering dipanggil “Little Lisa” dari Kemboja kerana memiliki kemahiran melakukan persembahan dan menari seperti Lisa.
Ads
Mempunyai minat terhadap persembahan dan muzik sejak kecil, beliau secara rasmi menyertai industri hiburan pada 2018 sebagai pelakon, penyanyi dan penari. Minatnya ini mendapat sokongan keluarga Diraja. Selain itu beliau juga belajar opera di Sekolah Seni Muzik di Phnom Penh.
Mendapat perhatian kerana jarang kerabat Diraja aktif dalam dunia seni kreatif dan menjadi bintang pop kanak-kanak, kini beliau bernaung di bawah agensi bakat, Space Creative Marketing.
Ads
Dia pernah muncul dalam dua drama televisyen popular berbahasa Khmer iaitu Tep Thida Pokul Meas (2020) dan Golden Kingdom (2021).
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Kemboja merupakan negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan yang mana Raja diberi kuasa sebagai ketua negara namun ia haruslah mengikut perlembagaan dan kedudukannya melebihi entiti politik.
Ads
Negara tersebut diperintah seorang Perdana Menteri yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya untuk mengetuai kerajaan.
Menariknya, sistem beraja di negara ini bukanlah diperturunkan secara pertalian darah ayah dan anak sebaliknya kedudukan sebagai raja diberikan kepada sesiapa sahaja di dalam keluarga Diraja yang dirasakan berhak oleh Majlis Takhta Diraja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai bekas pesserta Indonesian Idol 10 dan program Rising Star Indonesia 3 yang khabarnya bakal membuat kemunculan bersama sebuah kumpulan K-pop baru ditubuhkan, tidak lama lagi.
Sejak bulan Oktober 2022, warga k-poppers Indonesia sudah sakan menjulang nama Muhammad Zayyan. Ini susulan pengenalan dirinya sebagai salah seorang anggota trainee di sebuah syarikat label Korea Selatan.
Pada waktu itu, jejaka berusia 23 tahun ini disebut-sebut akan melakukan debut menerusi sebuah grup penyanyi lelaki bernama OCJ Newbies.
Setelah hampir enam bulan berlalu, Zayyan kini secara rasminya diumumkan sebagai salah seorang anggota grup K-pop. Begitupun, nama kumpulannya itu bukan lagi OCJ Newbies tetapi kini dikenali sebagai Xodiac.
Rata-rata warganet Indonesia menggambarkan perasaan bangga mereka apabila Rayyan akhirnya akan merealisasikan impiannya sebagai seorang penyanyi di persada seni hiburan antarabangsa.
Walaupun jalan yang perlu ditempuhinya sebelum ini agak sukar, Rayyan membuktikan bahawa peluang menyertai beberapa pertandingan realiti nyanyian sebelum ini merupakan pengalaman bermakna yang membuatkan dirinya lebih matang.
Menarik mengenai Rayyan, jejaka beragama Islam ini dilahirkan dengan nama penuh Muhammad Rifki Fahri Zayyan pada tanggal 23 Februari 2000.
Selepas dirinya menemui titik noktah dalam beberapa pertandingan nyanyian yang disertainya di Indonesia, Zayyan tidak melepaskan impian sebagai seorang penyanyi apabila dia memulakan sebuah saluran YouTube bernama ZYYN dan memuat naik video nyanyian lagu-lagu berbentuk cover di platform dalam talian.
Jika korang menggemari bakat dan rupa kacak Zayyan, jangan lupa mengekori langkah permulaannya sebagai seorang penyanyi K-pop di akaun media sosial rasmi grup Xodiac @xodiacofficial dan YouTube Xodiac Official sebelum tarikh debut rasmi kumpulan itu pada 25 April ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami kepada Hailey Bieber ini mencapai kemuncak jaya di dalam dunia hiburan sejak dari kecil lagi. Bermula dengan ‘One Time’ sehingga kepada lagu yang menjadi fenomena dalam lipatan kerjayanya, ‘Baby’, tenyata selebriti asal Kanada ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Walaupun bergelar seorang penyanyi dan penulis lagu, Justin juga mempunyai minat yang tinggi dalam fesyen sehinggga memiliki jenama fesyennya sendiri yang dikenali sebagai Drew House.
Selain itu banyak kolaborasi bersama jenama terkenal sudah dia miliki. Yang terbaru menerusi kolaborasi bersama Crocs!
Mungkin ada di kalangan korang yang tidak gemar rekaan sepatu jenama ini, namun Justin selama ini memang setia mengenakan sepatu ini tidak kira di mana sahaja.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya kira-kira seminggu lalu dia memuat naik sepasang sepatu Crocs rona kuning dan akhirnya berita itu disahkan oleh jenama itu sendiri.
Kolaborasi menerusi Drew House milik Justin ini menampilkan rekaan sepatu klasik Crocs unisex yang boleh digayakan semua orang. Paling comel ia turut hadir bersama Jibbitz yang diinspirasikan oleh Justin sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tapi tak perlulah beli minuman ini setiap hari kalau boleh buat sendiri di rumah. Kan jimat!
Minuman ikat tepi macam ni memang kita boleh buat sendiri di rumah. Cuma kena tahu sukatan saja supaya rasanya kaw dan mantap. Nak senang ikut saja perkongsian dari Miz Juejue.
Nescafe Ais Kaw
Cara membuat:
Nescafe – 3 sudu kecil
Susu pekat -ikut kemanisan yang disukai
Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas
Tuang air bancuhan tadi, letak straw sedia diminum
Boleh juga masukkan susu cair jika mahu.
Milo Ais Kaw
Cara membuat:
Milo – 4 sudu besar
Susu pekat – ikut kemanisan yang disukai
Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
Kacau lama hingga semua sebati
Masukkan ais dalam plastik/ gelas
Tuang air bancuhan Milo tadi, letak straw sedia diminum
Boleh juga masukkan susu cair atau fresh milk, rasanya macam Milo kotak
Jika nak buat Neslo, cuma tambah 2 sudu kecil Nescafe dan kurangkan serbuk Milo kepada 3 sudu.
Kopi Ais Kaw
Cara membuat:
Rendam 2 atau 3 sudu serbuk kopi
Rendam hingga nampak pekat
Kemudian tapis air kopi
Masukkan susu ikut kemanisan yang diingini
Jika terlampau pekat boleh tambah air suam
Masukkan ais dalam plastik dan tuang air kopi.
Ikat tepi letak straw, sedia untuk diminum.
Boleh tambah susu cair kalau suka.
Teh Ais Kaw
Cara membuat:
Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih
Masukkan 3-4 sudu serbuk teh (jenama ikut citarasa).
Biar hingga mengelegak seminit dua, kemudian tutup api dan tapis teh
Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna.
Masukkan susu pekat (ikut kemanisan yang dikehendaki)
Susu cair 3/4 sudu, jika nak rasa lemak-lemak lebihkan.
Masukkan sedikit garam – cubit hujung jadi saja (jika mahu)
Garam untuk lemakkan lagi rasa teh ais
Masukkan ais dalam gelas dan tuang air teh. Sedia untuk diminum.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...