Organisasi bukan keuntungan, Make-A-Wish Malaysia telah bekerjasama dengan Sunway Malls dan Taman Tema untuk menganjurkan Pearl of Hope: A Royal Celebration bagi merealisasikan impian adik Ayra Medina Fizrullah, baru-baru ini.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun, seorang pejuang kanser neuroblastoma tahap empat, sejenis kanser yang jarang berlaku yang berkembang dalam tisu saraf itu menyimpan impian untuk melihat dirinya sebagai puteri duyung.
Artikel berkaitan: Keputusan SPM Tak Capai Target, Pelukan Ibu Buat Anak Perempuan Undang Sebak Netizen
Kini, adik Ayra boleh tersenyum lebar dan secara tidak langsung menyimpan seribu satu kenangan sepanjang hidupnya apabila menjadi kanak-kanak ke-1000 yang mendapat impian yang ditunaikan oleh Make-A-Wish Malaysia.
Perjalanan adik Ayra bermula dengan pertabalan diraja di Pulau Pink di Sunway Lagoon, di mana dia ditabalkan secara rasmi oleh Puteri Selangor, YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Penaung Diraja Make-A-Wish Malaysia.
Kanak-kanak itu kemudiannya diberikan tongkat mutiara rasmi oleh Encik Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, untuk melengkapkan pertabalannya.
Sekadar informasi, Make-A-Wish Malaysia iala sebuah organisasi bukan keuntungan yang didedikasikan untuk memenuhi impian kanak-kanak berumur 3 hingga 18 tahun dengan penyakit kritikal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah