Sukan luncur ais atau lebih popular dengan nama ice skating semakin mendapat tempat di hati kalangan generasi muda terutamanya di kawasan lebih urban.
Tapi si cilik berusia 1 tahun bermain luncur ais ini memang rare dan jarang kita dengar!
Peppa Schreiber, seorang kanak-kanak yang berasal dari Jerman mampu meluncur dan bermain snowboard
mengikut jejak langkah kakak dan abangnya. Wow!Melalui laporan Metro.co.uk ibu bapa kanak-kanak ini iaitu Carolin dan Patrick Schreiber sangat gemar bermain salji sampai mereka akan mengajarkan ketiga-tiga anak mereka untuk turut bermain salji.
“Kami sering berlatih, berlatih dan berlatih. Saya tidak nafikan bahawa bakat amat membantu dan ia merupakan faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, ia juga amat penting untuk memberikan motivasi kepada anak-anak.”
Sementara itu, pasangan dari Jerman tersebut juga mempunyai muslihat tersendiri untuk memastikan Lumi, Martti dan Peppa tidak bosan dengan sukan tersebut.
“Pada mulanya, kami membawa permainan dan anak patung bersama mereka. Kami juga biar mereka mengejar alat permainan yang dijatuhkan sepanjang cerun gunung itu.
Saya dan suami juga akan membawa snek dan gula-gula bersama kami untuk memastikan tahap motivasi mereka berada pada tahap tertinggi.
Namun, apa yang paling penting ialah ia perlu menjadi seronok tidak kira apa-apa yang kami lakukan untuk memastikan anak-anak kekal bermotivasi,” ujar wanita berusia 38 tahun itu.
Pada pendapat anda, adakah pendedahan kanak-kanak kepada aktiviti seperti ini merupakan satu tinda
Tapi gelagat mengisap puting tu memang comel kan!
Sumber : metro.co.uk