Hubungan cinta yang terlerai di tengah jalan itu sebenarnya adalah lumrah dalam kehidupan seorang remaja. Biasalah, apabila kita masih dalam fasa mengenali dan mencintai seseorang, kadangkala ia memakan masa beberapa bulan mahupun bertahun lamanya untuk kita benar-benar mengenai ‘belang’ si dia.
Bagi yang bertuah, mereka mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin manakala bagi kebanyakan daripada kita, nak buat macam mana.. break lah!
Buat pelakon dan pempengaruh berhijab Alya Iman, sedari awal perhubungan lagi dia mengaku menjalinkan hubungan dengan seorang duda anak dua yang dikenali sebagai Ridhwan.
Begitupun setelah kira-kira dua tahun, hubungan mereka tidak bertahan lama dan kini, Alya kembali solo semula.
Ketika ditemui oleh pemberita baru-baru ini sewaktu majlis tayangan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin, gadis berusia 21 tahun itu berkata biarpun telah membawa haluan masing-masing mereka masih kekal bersahabat baik.
“Ya… saya single dan saya tak ada kena-mengena dengan Ridhwan lagi. Kami berpisah sejak bulan puasa.
Ads
“Tapi saya not available.. bukan sebab dah ada someone yang baru tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta,” ulasnya.
Mengamati pengalaman anak bongsi kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha dalam industri seni hiburan, namanya seperti tidak lekang daripada menerima tempias kontroversi disebabkan perhubungan cinta.
Sehingga kini, Alya tidak menafikan ramai yang masih mengecamnya dengan pelbagai gelaran seperti ‘pisau cukur’ dan ‘perampas’ dek kerana percintaannya dengan suami orang suatu ketika dahulu.
Tak mengapalah Alya, ramai lagi jejaka di luar sana yang masih bujang dan sudi mengenali Alya selepas ini. Hiks!
Terdahulu pada minggu ini, seorang lagi selebriti iaitu penyanyi, Tegar Septian telahpun mengumumkan telah bercerai daripada isterinya setelah tiga tahun berkahwin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sudah hati terpaut, apa jua halangan dan cabaran pasti boleh ditempuhi.
Itulah perumpamaan yang tepat berhubung keputusan seorang gadis kelahiran Malaysia bernama Illi Najwa Saddique yang berlepas dari Kuala Lumpur ke New Delhi demi mengahwini kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar, semalam.
Mengikut perancangan awal pasangan itu, perkahwinan mereka sepatutnya dilangsungkan pada bulan April lalu di Ludhiana.
Ia bagaimanapun terpaksa ditangguhkan sehingga semalam berikutan merebaknya wabak Covid-19 baik di Malaysia dan juga di India.
Love surely conquers all things else.
Illi dan Manpreet tidak berputus asa dan tetap cuba untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini juga di perkampungan Mihapur dekat Jalandhar, Punjab.
Illi berusaha mendapatkan perlepasan khas daripada pihak kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri India. Urusan ini dipermudahkan lagi setelah kerajaan mula melonggarkan sekatan perjalanan ke luar negara baru-baru ini.
Menurut laporan Olympic Channel, Illi yang juga pernah bergelar pemain hoki kebangsaan wanita Malaysia telah bertemu Manpreet untuk kali pertama semasa perlawanan hoki Piala Sultan Johor pada tahun 2012. Pada masa itu, Manpreet merupakan kapten kepada pasukan remaja India.
Hubunganmereka berdua bertambah serius setelah dipertemukan semula ketika perlawanan Piala Kejuaraan Sultan Azlan Shah di Ipoh, tak lama selepas itu.
Pada Februari 2014, mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Apabila ditanya mengenai perancangan mereka selepas ini memandangkan masing-masing berasal dari dua negara berbeza, Illi yang kini bertugas di sebuah universiti swasta di Malaysia akan terus menyokong suaminya yang dijangka mengambil tugas sebagai kapten pasukan hoki India di Sukan Olimpik Tokyo 2021.
Haihh, sweet-nyalah hai. Ibarat jalan cerita filem Dilwale Dulhania Le Jayenge pula.
Cumanya kali ini, pengantin perempuan yang terbang ke India, hiks!
“Ini adalah permulaan untuk mencintai diri sendiri”
Demikian luahan pelakon meningkat naik, Amelia Christie yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut di media sosialnya.
Perkongsian tersebut disifatkan sesetengah pihak seolah-olah gambaran perasaannya ketika ini yang sedang beralih fasa mahu lebih mengutamakan hati sendiri.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat dan menganggap Amelia kini sudah ‘move on’, selain berharap pelakon berusia 24 tahun itu menemui peneman hidup yang lebih baik.
Sebelum ini Sharnaaz memaklumkan tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia, sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.
Ia mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.
SUMBER FOTO: Instagram Amelia Christie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu-persatu bekas peserta pertandingan nyanyian Big Stage telahpun berganjak dari alam bujang ke perkahwinan biarpun masih berada di usia muda.
Terbaru, penyanyi Sakit Hati iaitu Syafiq Farhain telah mendedahkan bahawa dirinya kini telahpun bergelar seorang suami selepas desas-desus bertiup kencang dalam kalangan peminatnya yang percaya dirinya sudah berpunya.
Syafiq, 28 yang ditemui di majlis berbuka puasa ajurag syarikat pengurusannya, MVM dan Rusa Music berkata dirinya tiada niat pun untuk merahsiakan pernikahan mereka. Namun atas dasar selesa untuk tidak berbicara secara berlebihan mengenai perihal peribadi, Syafiq memilih untuk berdiam diri selama ini dan enggan mendedahkan tarikh pernikahannya.
Syafiq bersama ibunya, Puan Napisah sewaktu rakaman program Rasa Nostalgia Ramadan, tahun lalu.
“Saya tidak mahu merahsiakan dan tidak juga menghebahkan. Bila saya mendirikan rumah tangga dan sebagainya, tidak perlu diperbesarkan.
“Jika ada datang berjumpa dan bertanya sama ada saya sudah berkahwin saya pasti menjawab (sudah berkahwin) dengan jujur.
“Saya berkahwin dengan gadis pilihan yang juga sekampung dengan saya iaitu Terengganu. Senang hendak pulang beraya nanti. Kami berkenalan pun sudah lama sebelum saya bergelar artis lagi. InsyaAllah, majlis resepsi juga dalam perancangan,” ulas anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu.
Syafiq, 28 dalam pada itu menidakkan tindakan tidak menghebahkan berita pernikahan adalah disebabkan enggan ‘saham’-nya jatuh selepas ini. Namun, Syafiq sudah bersedia sekiranya ia akan sedikit-sebanyak memberikan impak terhadap kerjaya.
“Awalnya, saya merancang hendak umumkan berita pernikahan dalam satu majlis. Tetapi nampaknya ia terlebih dahulu berjaya dihidu media. Saya berharap agar semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,” pinta Syafiq.
Tahniah kami ucapkan kepada Syafiq Fahain dan isteri!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelumba sensasi negara, Hakim Danish Ramli terus mencuri tumpuan dunia motosikal apabila berjaya menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol dan merangkul dua podium...